KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Ahad, 11 Disember 2011

Laporan Pra Musim 2012 : Red Warriors Hentam Young Turtles.

Pra musim bergaya The Red Warriors diteruskan dengan kemenangan 2-0 keatas T-Team di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.

Indra Putra meraikan jaringan kedua Kelantan bersama Ghaddar.
Bermain di hadapan lebih 20 000 penyokong serba merah, Kelantan bertindak awal melancarkan serangan ke arah kubu pelawat dengan percubaan pertama hadir melalui sepakan kencang Mohamad Ghaddar pada minit ke-3.

T-Team tidak menunggu lama membalas melalui sepakan percuma lencong daripada Zairo Annuar Zailani tepat ke penjuru kiri pintu gol tetapi Mohamad Syazwan pantas menyelamatkan pintu gol Kelantan pada minit ke-5.

Pada minit ke-14, Mohamad Ghaddar berhasil menanduk masuk sepakan lintang Shakir Shaari tetapi pengadil membatalkan jaringan kerana mendakwa penyerang tersebut berkedudukan offside.

Tidak sampai seminit, Mohamad Ghaddar menyaksikan tandukan "free" dari sebelah kanan sedikit sahaja tersasar dari pintu gol walaupun tidak dicabar pertahanan T-Team.

Sepakan libas Shakir Shaari pada minit ke-17 sedikit sahaja tersasar ke sebelah kiri selepas menyambut tandukan keluar Rosdi Talib.

Usaha Kelantan mencari jaringan pertama berhasil pada minit ke-22 selepas Indra Putra Mahayuddin bijak merampas bola dari kaki Zairo Annuar seterusnya melakukan hantaran kedepan disudahkan Mohamad Ghaddar dengan sepakan mengelirukan Iqbal Suhaimi di pintu gol T-Team.

Jaringan pertama menyemarakkan semangat tuan rumah untuk mencari tambahan gol dimana sepakan separa libas Norfarhan Mohamad terkena palang atas pada minit ke-25.

Seminit kemudian, giliran Norshahrul Idlan menerima peluang terbuka apabila kesilapan Iqbal Suhaimi gagal menyepak kemas membuka ruang yang cukup luas kepada penyerang berbisa tersebut melakukan satu sepakan leret tetapi tiang gol menjadi penghalang.

Memasuki minit ke-30, Indra Putra Mahayuddin berjaya melakukan "first timer" sepakan sudut Norfarhan Mohamad tetapi turut terkena palang gol.

Tertekan asakan menggila tuan rumah, T-Team melakukan pertukaran pertama memasukkan Hasbullah Awang. Ternyata kemasukan pertahanan ini nyaris memberikan gol penyamaan kepada T-Team selepas percubaan Hasbullah sedikit sahaja keluar pada minit ke-34.

Selang lima minit selepas itu, tandukan pemain T-Team dari jarak dekat hasil sepakan sudut Zairo Annuar diselamatkan Syazwan Yusof.

Tandukan meliar Norfarhan Mohamad hasil hantaran Denny Antwi pada minit ke-43 menutup separuh masa pertama Kelantan mendahului lawan dengan satu jaringan

Empat minit bersambung babak kedua, Kelantan berhasil menjarakkan kedudukan selepas Indra Putra bijak menggelecek pemain pertahanan pelawat sebelum melepaskan satu sepakan leret ke sebelah kanan pintu gol menewaskan Iqbal Suhaimi buat kali kedua.


Badri hampir menambah derita pelawat dengan jaringan ketiga tetapi sepakan lambung dari luar kotak penalti pada minit ke-56 sedikit tersasar keluar.

Dua minit kemudian, Zakaria Simukonda menerima satu hantaran lintang tetapi tandukan dari jarak dekat sedikit keluar walaupun penjaga gol Kelantan sudah tertewas.

Gerakan Norshahrul bersama Mohamad Ghaddar didepan pintu gol T-Team pada minit ke-62 bagaimanapun sempat dikuis keluar oleh Norfazly Alias.

Serangan Kelantan tidak berhenti disitu setelah larian pantas Norfarhan Mohamad dari sebelah kiri pada minit ke-66 disudahkan dengan rembatan deras tetapi Iqbal Suhaimi lebih bersedia menampan keluar sebelum disepak jauh pertahanan pelawat.

Asakan demi asakan ke arah pintu gol T-Team hampir membawa padah pada minit ke-81 selepas Azrul Hazran berjaya melepaskan satu sepakan deras dari dalam kotak penalti tetapi mujur Syazwan Yusuff lebih cepat merebahkan badan menyelamatkan keadaan.

Badri Radzi hampa pada minit ke-85 selepas sepakan dari jarak dekat dinafikan aksi "super save" Iqbal Suhaimi manakala gerakan bersama Emmanuel Okine pada minit akhir perlawanan turut tersasar jauh.

Tambahan masa tiga minit gagal menjelmakan lebih jaringan sebelum wisel penamat dibunyikan oleh pengadil bertugas, Rosfaidi Mohd Yusuf.

Kesebelasan Pemain :

Kelantan: Peter James Butler
Syazwan Yusof (Gk), Azizi Mat Rose, S.Subramaniam, Shakir Shaari (Kp) (Badri Radzi), Norshahrul Idlan Talaha (S. Chanturu), Norfarhan Muhammad (Khairul Izuan Rosli), Aziz Ismail (Zamri Ramli), Indra Putra Mahayuddin (Nurul Azwan Roya), Daudsu Jamaluddin, Denny Antwi (Zakaria Charara) dan Mohammed Ghaddar (Emmanuel Okine)

T.Team: Yunus Alif
Mohd Iqbal Suhaimi(Gk), Norfazly Alias, Zairul Anuar Zailani, Shahril Faizal (Hasbullah Awang), Hasan Basri, Tengku Hasbullah (Muhd Badrul Hisani), Zakaria Simukonda, Mohd Dzaidin (Azrul Hazran), Rosdi Talib (Kp) (Ezrie Shafizie), Fadzli Shaari (Khairul Izwan Khalid) dan Bojan Petric.

Statistik Perlawanan

Gol
Kelantan 2-0 T-Team

Sepakan Sudut
Kelantan 8-1 T-Team

Ofside
Kelantan 5-2 T-Team

Kad Kuning
Kelantan 1-0 T-Team

Posisi Bola (%)
Kelantan 60-40 T-Team

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular