KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Ahad, 2 Januari 2011

Liga Super 2011




Saingan Liga Malaysia 2011 dijangka akan membuka tirai penghujung Januari nanti.

Empat belas pasukan sudah mengesahkan akan bertanding dalam Liga Super iaitu kejohanan paling tertinggi di Malaysia.

Pada waktu ini, kebanyakan pasukan sudah memiliki barisan impian masing-masing untuk menggalas misi besar memburu tiga piala utama yang dipertandingkan.

Disana-sini dicanangkan pasukan yang bertanding sedang rancak mengatur persiapan dengan mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan pra-musim.

Dari pasukan elit sehingga pasukan yang baru dibentuk, skuad yang menyertai terus mempersiapkan pasukan terbaik mereka.

Pasukan paling menyerlah musim ini seperti Negeri Sembilan, Selangor dan Kelantan merupakan pasukan paling aktif membentuk gandingan mantap untuk sekurang-kurangnya mengekalkan kejayaan yang telah dimiliki.

Masih ada masa buat semua pasukan untuk mencari kegemilangan pada saingan musim depan tambahan pula beberapa pasukan seperti Kedah, Terengganu, Perak, Pahang, Felda United dan T-Team turut menyertai kelompok elit membina pasukan yang mampu mencabar pasukan atasan lain.

Manakala Perlis, Sabah, Johor Fc dan Kuala Lumpur masih mencari keserasian untuk mencabar sementelah mereka kehilangan ramai pemain tonggak kepada pasukan lain pada musim depan.

Paling dinantikan ialah kemunculan pasukan pemain muda berbakat Kebangsaan, Harimau Muda A yang pernah beraksi dalam Liga Slovakia sebelum ini. Adakah mereka dapat menggunakan pengalaman yang diperoleh untuk mengecap nikmat kejuaraan di Liga Super 2011.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular