KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Ahad, 13 Februari 2011

Tiada Siaran Langsung?


Seluruh peminat liga Super semalam melahirkan rasa kekecewaan mereka kepada ASTRO ARENA dan RTM yang gagal menyiarkan salah satu perlawanan Liga Super yang berlangsung semalam. Perkara seperti ini sepatutnya tidak berlaku kerana ASTRO ARENA selaku penaja utama telah diberi harapan penuh oleh peminat Liga Super dan pelanggannya untuk menyiarkan perlawanan terkini Liga Super 2011.

Nuffnang Ads

Biar apapun masalah yang dihadapi atau alasan yang diberikan ASTRO ARENA, pelanggan berhak merungut dan melahirkan rasa kekesalan mereka terhadap kegagalan operasi ASTRO ARENA sebagai penyiar utama Liga Super kerana mereka membayar kos langganan ASTRO, berbeza jika sebelum ini RTM selaku penyiar utama menyiarkan perlawanan secara percuma. Amat malang lagi, RTM sejak ASTRO ARENA mengambil alih fungsi penyiar utama, tiada usaha dari RTM untuk menyiarkan perlawanan secara berterusan seperti sebelum ini kepada rakyat yang tidak berkemampuan melanggani ASTRO. Mungkin alasan ASTRO ARENA menyiarkan perlawanan Perlis menentang Terengganu pada jumaat lalu sudah cukup untuk tidak menyiarkan perlawanan liga pada malam tadi.

Apa sudah jadi Media TV sukan negara?

Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....Gomo Kelate Gomo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular