KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Sabtu, 19 Februari 2011

Bukan Kemenangan Nasib.


Kemenangan menerusi penentuan sepakan penalti yang diraih Kelantan di Stadium Sultan Ismail Nasharudin Shah, Kuala Terengganu bukan semata-mata kerana nasib.

Melihat pada persembahan kesebelasan utama Kelantan menunjukkan bahawa mereka bertandang ke arena T-Team untuk menang.

Memang tidak dinafikan keseluruhan perlawanan dikuasai pasukan tuan rumah tetapi serangan bertali arus yang diatur mereka berjaya dikekang dan peluang yang diperoleh Sang Kijang melalui serangan balas digunakan dengan sepenuhnya.

T-Team harus menyalahkan diri sendiri mengapa mereka gagal untuk memenangi perlawanan walau deretan peluang dihidangkan didepan pintu gol pasukan Kelantan.

Pujian sebenarnya harus diberikan kepada barisan pemain Red Warriors kerana memberikan fokus pada perlawanan walau seringkali diasak T-Team.

Keupayaan Kelantan menyerap asakan dan pantas menyerang menunjukkan tahap keupayaan mental para pemain yang begitu kuat menangkis tekanan perlawanan.

Maka, wajar buat pasukan Kijang pulang ceria ke Kota Bharu menewaskan T-Team berdasarkan kekuatan mental dan fizikal bukan bersandarkan nasib semata-mata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular