KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 18 Februari 2011

Isu Panas Tambah Kehangatan.



Kehangatan pertemuan T-Team melawan Kelantan sudah mula dirasai peminat setia kedua-dua pasukan.

Dijangkakan ribuan penyokong kedua-dua pasukan akan menyerbu kawasan perlawanan untuk memberi sokongan kepada pasukan masing-masing.

Secara jelasnya, kelebihan pasti berpihak kepada tuan rumah kerana mereka akan mendapat sokongan tidak berbelah bahagi dari penyokong setia negeri Terengganu.

Walau menerima kekalahan tiga kali secara berturut-turut, ia tidak memudarkan semangat peminat pasukan bola sepak T-Team untuk hadir kerana tarikan perlawanan dengan isu panas kedua-dua persatuan sudah cukup untuk mereka datang melihat sendiri aksi permusuhan diatas padang.

Bermula dengan kes penghijrahan pemain, pelepasan kes oleh FAM, rayuan KAFA dan kini persoalan padang membuatkan perlawanan menjadi semakin panas dan amat dinantikan oleh semua peminat pasukan bola sepak tanahair.

M. Karathu dikatakan sudah bersedia untuk meneruskan cabaran Kelantan manakala Yunus Alif pula bertekad mahu menjadikan Sang Kijang mangsa pertama mereka dalam kancah Liga Malaysia.

Kita nantikan bagaimana keputusan perlawanan pada malam ini. Aksi kalah mati (sebenarnya, balik) dan pasukan mana bakal melayakkan diri ke pusingan seterusnya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular