KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 4 Februari 2011

Kad Ahli KAFA



Presiden KAFA melalui laman Facebook, Tan Sri Annuar Musa kecewa dengan sambutan dingin yang diberikan peminat setia pasukan bola sepak Kelantan akan kad ahli KAFA 2011.

Dinyatakan setakat ini hanya 400 keping kad sahaja ditempah oleh pihak penyokong Kelantan.

Bagi menambahkan jumlah pemegang kad, pihak KAFA memberikan banyak kelebihan kepada mereka yang mendaftarkan diri menjadi ahli.

Pakej Harga Menjadi Kad Ahli KAFA

Warriors - RM120 (1 Tahun), RM60 (Enam Bulan)
Premium - RM300 (1 Tahun), Rm150 (Enam Bulan)
Korporat - RM3000
Presiden - RM5000

Kelebihan Kad Ahli KAFA

- Jaminan Tiket Perlawanan berdasarkan pakej.
- Diskaun Harga Tiket 7-10%.
- Insuran RM20 000 - RM60 000.
- Bonus Point dengan pembelian di Outlet seluruh Malaysia.
- Diskaun Jersi Umbro/Warriors dan Merchandise Warriors.
- Diskaun pembelian Kedai Sukan Umbro.
- Diskaun 10-40% di Percetakan Zulrahim, Excel dan Rozaimi Optometrist.
- Diskaun barangan penaja ( Al-Jabbar, Yusmira, TRW Cafe, Karangkraf dan lain-lain).
- Rebet RM100 beli kenderaan Proton dan Perodua di syarikat pengeluar terpilih.
- Anugerah Bonanza Tahunan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular