KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 11 Februari 2011


Kijang Muda Benam Lebah.

Kesebelasan Utama Kelantan melawan Johor FC.


Skuad muda Kelantan memulakan musim baru Piala Presiden dengan langkah kemenangan apabila menundukkan Johor FC 1-0 di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, petang tadi.

Beraksi di hadapan penyokong sendiri, Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa dan Pengarah Teknikal Kejurulatihan Kelantan, B. Sathianathan, pasukan Kelantan diasak seawal minit ke-2 melalui Mohd Asyrul Wahab yang melakukan penyudah meliar.

Sang Lebah sekali lagi mengancam melalui Wan Juraidi Wan Sulaiman namun sepakan lambung pemain ini dapat ditepis keluar Judtanna Eh Put.

Ketika pasukan pelawat rancak menyerang, Aris Zaidi mencuri tumpuan apabila menyempurnakan tampanan Mohd Khairul Izuan Salahudin untuk gol pertama Sang Kijang pada minit ke-10.

Lima minit kemudian, Zamri Ramli terlepas peluang untuk mengandakan kedudukan Kelantan apabila hanya menyepak keluar walau tidak dicabar pemain pertahanan Johor FC.

Aris Zaidi pula hanya mampu melihat kuisannya tersasar hasil hantaran Khairul Izuan pada minit ke-19.

Selesa dengan satu jaringan, pemain Kelantan mengendurkan asakan ke arah pintu gol lawan dan peluang ini digunakan Johor FC untuk melakukan beberapa gerak yang hampir menghukum pasukan Kijang.

Bermula dengan sepakan percuma meliar Mohd Iskandar Hanapiah pada minit ke-26, Fandi Ahmad pula menyepak tinggi tidak mengancam Judtanna di pintu gol Kelantan pada minit ke-33.

Tidak lama kemudian, Mohd Afizudin Ali turut mengecewakan kem Sang Lebah setelah tandukan bebas yang diperoleh hasil sepakan sudut melewati palang gol.

Pada saat akhir separuh masa pertama, pasukan pelawat sekali lagi mengatur gerakan bahaya kearah pintu gol Kelantan melalui rangkaian Asyrul Wahab, Azinee Taib dan Fandi Ahmad namun Faiz Suhaimi pantas menampan bola diatas garisan gol sebelum Judtanna menyelamatkan keadaan.

Bersambung babak kedua, Kelantan mengatur serangan awal kearah kubu pasukan Johor FC tetapi gerakan yang dlakukan seringkali tersekat selain kegopohan pemain tengah melakukan hantaran.

Pada minit ke-55, Kelantan dihadiahkan satu sepakan percuma melalui Khairul Izuan Salahudin namun penjaga gol Lebah, Mohd Fareez Nasiran pantas menumbuk keluar.

Sang Kijang sekali lagi mendapat sepakan percuma pada minit ke-67 dan suntingan deras Mohd Farhan Yaacob terus kepada penjaga gol pelawat.

Percubaan Khairul Izuan Rosli tinggi pada minit ke-75 manakala sepakan deras pemain gantian, Mohd Azyu Ikmal pada minit ke-76 dapat diselamatkan penjaga gol Lebah.

Kelantan terus mengasak untuk mencari gol kedua namun percubaan Aris Zaidi hasil hantaran jauh sepakan percuma Zamri ditanduk keluar pada minit ke-82.

Selang dua minit kemudian, Azyu Ikmal hanya mampu menyepak lemah kearah pintu gol yang tenganga luas apabila bola kesilapan awal Fareez Nasiran pantas diselamatkan Azmi Omar diatas garisan gol.

Tambahan masa tiga minit gagal digunakan Johor FC untuk mencari jaringan penyamaan dan pengadil bertugas, Mohd Noor Abdul Rahman akhirnya membunyikan wisel penamat untuk memberikan tiga mata pertama kepada anak didik Zahasmi Ismail.

Empat kad kuning dilayangkan pengadil kepada pemain kedua-dua pasukan dengan Kelantan mendapat tiga manakala Johor FC menerima satu kad kuning.

Kesebelasan Utama:
Kelantan: Zahasmi Ismail.
Judtanna Eh Put (Gk), Md Faiz Suhaimi (Shafiq Haikal), Faizol Nazlin Sayuti (Md. Norsyahrul Hawari), Md Khairul Izuan, Md Farhan Yaacob (Md Azyu Ikmal), Md Zamri Ramli, Mohd Aris Zaidi (Md Manaf Mansor), N. Md Shahrul Azim (Kp), Md Syawal Rudin, Muhamad Izuan, Tn.Md Norhafizie.

Johor FC: Ramlan Rashid.
Fareez Nasiran (Gk), Azmi Omar (Kp), Fandi Ahmad, W. Juraidi Sulaiman, Md Afendi Eshak, Mohd Azinee Taib (Md. Rifa'at Ismail), Syed Ahmad Ridzuan, Muhd Asyrul Wahab, G. Loganathan, Muhd Afizuddin Ali dan Md Iskandar Hanapiah (Mohd Faqroul Faiz)

Keputusan Penuh
Kelantan 1-0 Johor FC

Kekasaran
Kelantan 10-12 Johor FC

Kad Kuning
Kelantan 3-1 Johor FC

Posisi Bola (%)
Kelantan 50-50 Johor FC

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular