KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Rabu, 2 Februari 2011

Khairul Fahmi 1-1 Sharbinee: Dua Gergasi Pantai Timur Sama Hebat

Ulasan Ringkas:
Perlawanan malam tadi menyaksikan keseimbangan serangan diantara kedua-dua pasukan. Nurul Azwan Roya menunjukkan kesungguhannya mengatur gerak kepada Piya dan Norshahrul. Hantaran silang Azwan Roya kepada Piya pada minit ke 34, tidak disia-siakan Piya untuk meloloskan sepakan membolosi gawang gol Sharbinee.Keputusan Kelantan 1-0 Terengganu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua, Kelantan seolah-olah kehilangan rentak dan selesa dengan jaringan awal apabila barisan pertahanan sering dikucar-kacirkan oleh gadingan jentera penggempur Terengganu Marzuki Yusof, Reshafiq, Abdul Hadi, Ashaari Shamsudin dan Joseph Kalang. Perlawanan pada separuh masa kedua juga seimbang diantara kedua-dua pasukan mengatur serangan. Selepas 15 minit separuh masa kedua, barisan serangan Terengganu berjaya mengasak kubu pertahanan Kelantan. Marzuki Yusof berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 67.

Gandingan Piya, Norshahrul, Azwan Roya dan K Soley dilihat mantap mengatur gerak ke kubu lawan namun penyudahnya tumpul dan berjaya diselamatkan Sharbinee. Kelantan melakukan tiga pertukaran iaitu membawa masuk Khalid Jamlus pada minit ke 74 menggantikan Danial Fadhly, pada minit ke 80 Khairan Eroza dibawa masuk menggantikan Shakir dan pada minit ke 85 Nizad Ayub dibawa masuk menggantikan K Soley.

Perlawanan berkesudahan Kelantan 1-1 Terengganu sehingga wisel penamat dibunyikan. Kelantan kini memperolehi 4 mata menduduki tangga kedua Liga Super dibawah Negeri Sembilan yang mendahului dengan 6 mata setelah berjaya menewaskan 3-1 pasukan T-Team malam tadi.

Ramai penyokong Kelantan menyatakan kekecewaan mereka kerana Kelantan gagal mempertahankan kemenangan separuh masa pertama ini dan terlepas peluang menang di stadium sendiri. Namun mereka akur dengan keputusan ini dan berharap Kelantan tidak mensia-siakan lagi peluang bermain di tempat sendiri sabtu 12 Februari ini menentang pasukan lama Nurul Azwan Roya iaitu Johor FC.

Kad Kuning:
Danial Fadhly
K Soley

Serangan:
50-50

Penjaga Gol: Khairul Fahmi Pertahanan: Daudsu, Rizal Fahmi, Farisham, Zairul Fitree Tengah: K Soley, Shakir, Danial Fazly, Nurul Azwan Roya, Mohd Badhri Penyerang: Norshahrul Idlan Talaha

Simpanan:
Ramzul Zahini, Khairan Eroza, Wan Rohaimi, S. Subramaniam, Khalid Jamlus, Wan Zaman, S. Chanturu, Nizad Ayub, Khairan Ezuan, Zul Yusri, Shahrizan,

Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo…..Gomo Kelate Gomo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular