KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Ahad, 13 Februari 2011

Pertahanan Kelantan Penentu Kejayaan.




Barisan pertahanan Kelantan menepis kata segelintir pihak bahawa mereka bakal menempuh jalan sukar selepas penghijrahan Azizi Mat Rose kepada pasukan T-Team.

Tiga perlawanan yang dilalui dengan dua bolos bukanlah satu pencapaian yang baik namun kekentalan mereka menahan asakan bertubi-tubi pasukan Selangor, Terengganu dan Johor FC wajar diberi pujian.

Benar, sukar buat pemain untuk meneruskan rekod bolos paling sedikit seperti mana mereka lakukan pada musim lepas namun jika barisan pertahanan terus memberikan aksi baik pada setiap perlawanan, tiada yang mustahil tidak dapat mereka lakukan.

Kredit kepada Rizal Fahmi Rosid, Farisham Ismail, Daudsu Jamaludin dan Zairul Fitree Ishak kerana berjaya memberikan persembahan mantap dalam tiga perlawanan yang telah dilalui.

Kekangan demi kekangan selain bijak menjalinkan persefahaman menggagalkan usaha pihak lawan untuk menerobos pintu gol kawalan Khairul Fahmi Che Mat.

Paling diberi pujian ialah kesemua pemain ini berjaya membentuk satu kubu yang membuatkan penyerang lawan sukar untuk memasuki kotak penalti memaksa mereka lebih banyak melakukan suntingan dari jarak jauh.

Kombinasi mantap antara empat pemain regular dan beberapa pemain simpanan yang diturunkan setakat ini bukan sahaja membantu Kelantan kekal tanpa kalah malah meletakkan Sang Kijang di takhta Liga Super buat kali pertama selepas dua tahun.

Jika aksi ini dapat diteruskan selepas ini, dijangka para pemain The Red Warriors akan turun dalam perlawanan tanpa tekanan memikirkan bakal dibolosi lawan.

Barisan pertahanan merupakan penentu kejayaan Kelantan dalam saingan Liga Super 2011.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular