KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Sabtu, 12 Februari 2011

Dulu Kawan Kini Lawan


Mohd Nurul Azwan Roya

KOTA BHARU – Dulu kawan kini lawan. Bagi bekas pemain kelab Johor FC musim lalu, Mohd Nurul Azwan Roya pertembungan menentang bekas rakan sepasukan lamanya malam ini menjanjikan sesuatu yang menarik bagi beliau setelah mengambil keputusan kembali bermain dengan negeri kelahirannya awal musim ini.

Mohamad Nurul Azwan Roya berkata, beliau tetap menghormati keupayaan pasukan lama yang disertainya sejak beberapa musim lalu yang membantu mengangkat nama beliau selaku pemain bola sepak profesional.

“Kalau lihat kepada barisan pemain pasukan itu musim ini, kebanyakannya dibarisi pemain baru, justeru kita tidak mengetahui kekuatan sebenar pasukan ini. Mereka diperkuatkan dengan kehadiran bekas Kapten Negeri Sembilan musim lalu, Rezal Zambery Yahya yang bertindak sebagai perancang utama pasukan itu,” katanya ketika ditemui Sinar Harian semalam.

“Percaturan taktikal oleh jurulatih, Mohd Azuan Zain cukup bagus. Mereka gemar menggunakan formasi 3-5-2 namun ianya boleh berubah kepada 4-5-1. Ianya sentiasa berubah dengan pantas berdasarkan situasi semasa keputusan perlawanan.

“Saya difahamkan mereka akan turun tanpa tonggak utama iaitu Eddy Helmi (Abdul Manan) namun dua penyerang muda iaitu Wan Mohd Hoesne Wan Hussain dan Shahrizal Saad harus diberi kawalan ketat oleh pemain pertahanan kita.

“Sudah pasti kita mengharapkan kemenangan dalam perlawanan malam ini. Kita jangan bagi ruang kepada pemain mereka bergerak bebas. Ini cukup merbahaya dan pesanan saya kepada rakan sepasukan, kita bermain seperti biasa sebagai satu unit pasukan bagi mengekang asakan pemain lawan,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular