KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Isnin, 7 Februari 2011

Malaysia Senarai Kembali Tiga Pemain.



Malaysia senarai skuad terkuat lawan Hong Kong dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam, Rabu ini.

Tiada kejutan dari skuad Kebangsaan dimana beberapa pemain yang mengalami kecederaan sebelum ini kembali disenaraikan.

Aidil Zafuan, S. Chanturu dan Ahmad Fakri Saarani yang disisihkan sebelum Piala Asia dan Piala AFF Suzuki disenaraikan kembali bagi mengantikan tiga pemain yang digugurkan.

Perlawanan menentang Hong Kong merupakan perlawanan kompetetif pertama anak didik K. Rajagobal selepas kejayaan bersejarah menjuarai Piala AFF.

Secara rasminya, kebanyakan pemain tonggak masih dikekalkan termasuklah Safee, Norshahrul, Khairul Fahmi, Muslim Ahmad dan K. Kunalan.

Persoalannya ketika ini ialah siapa bakal menjadi ketua pasukan Malaysia dan tumpuannya pasti terarah kepada ketua jurulatih skuad negara sama ada mengekalkan Safiq Rahim atau menyerahkan kembali lilitan kapten kepada Aidil.

Senarai Pemain Skuad Malaysia

PENJAGA GOL:
Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
Sharbinee Allawee Ramli (Terengganu)
Farizal Marlias (Negeri Sembilan)

PERTAHANAN:
Aidil Zafuan Radzak (Negeri Sembilan)
Muslim Ahmad (Harimau Muda)
Fadhli Shas (Harimau Muda)
Mahalli Jasuli (Harimau Muda)
Faizal Muhamad (Harimau Muda)
Asraruddin Putra Omar (Selangor)
Sabre Mat Abu (Kedah)
Azmi Muslim (Kedah)

TENGAH:
Safiq Rahim (Selangor)
Amar Rohidan (Kedah)
K. Gurusamy (Harimau Muda)
G. Mahathevan (Negeri Sembilan)
S. Kunanlan (Negeri Sembilan)
S. Chanthuru (Kelantan)
Ashari Samsudin (Terengganu)
Amirulhadi Zainal (Selangor)

PENYERANG:
Safee Sali (Persib Bandung)
Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)
Izzaq Faris Ramlan (Harimau Muda)
Ahmad Fakri Saarani (Negeri Sembilan)
Shahrizal Saad (Johor FC)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular