KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 18 Februari 2011

Kijang Muda Kena Belasah.




Skuad muda Kelantan dibelasah 3-0 oleh Sabah dalam perlawanan Piala Presiden 2011 di Stadium Likas, malam tadi.

Menurut info dari penyerang muda, Mohd Aris Zaidi kepada Mohd Anas, pemain Kelantan gagal menahan asakan yang dilancarkan pasukan lawan seterusnya membenarkan tuan rumah merobek gawang Sang Kijang sebanyak tiga kali.

Selepas ini, Kelantan akan menanti Kedah di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu pada 21 Februari 2011.

Lain-lain keputusan yang berlangsung petang tadi, Kedah mudah menewaskan Selangor dengan jaringan 4-2, SIme Darby meneruskan rentak kemenangan dengan menundukkan Perak 3-1 di Kuala Lumpur.

Sekolah Sukan Bandar Penawar dan T-Team terikat 0-0 manakala Johor FC menewaskan Pulau Pinang di Pasir Gudang dengan kemenangan tipis, 1-0.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular