KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Sabtu, 19 Februari 2011


Kelantan ke Pusingan Kedua.


Kelantan layak ke pusingan kedua Piala FA 2011 selepas menundukkan T-Team 6-5 dalam penentuan sepakan penalti di Stadium Sultan Ismail Nasharudin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi.

Keputusan masa sebenar dan tambahan masa tiga puluh minit menyaksikan kedua-dua pasukan terikat seri 1-1.

Walaupun beraksi di gelanggang lawan, pemain Kelantan bertindak bijak menyerap asakan demi asakan yang dilakukan T-Team melalui rangkaian Norfarhan, Indra dan Haris Safwan.

Separuh masa pertama menyerlahkan penguasaan tuan rumah dihadapan ribuan penyokong setia mereka tetapi benteng pertahanan Kelantan memberikan aksi baik untuk membantu Khairul Fahmi mempertahankan kubu dari dibolosi.

Permulaan babak kedua, Kelantan mengatur gerak pantas untuk mencari gol pertama dan hasilnya, Rizal Fahmi Rosid yang menerima bola hantaran sepakan sudut Nurul Azwan Roya melakukan tandukan separa terbang menewaskan Shamsuri Mustapha pada minit ke-52.

Tidak menunggu lama, Indra Putra Mahayudin menyamakan kedudukan buat T-Team pada minit ke-61 menerusi satu sepakan volley dari jarak dekat hasil hantaran lintang Haris Safwan Kamal.

Kelantan sebenarnya berpeluang menamatkan perlawanan dalam masa sebenar namun Norshahrul Idlan Talaha gagal menyempurnakan sepakan penalti yang dihadiahkan pada minit ke-93 untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Tambahan masa tiga puluh minit turut gagal digunakan kedua-dua pasukan untuk mencari gol kemenangan.

Dalam penentuan penalti, Nor Fadzli Alias mengecewakan kem T-team apabila sekadar menyepak keluar untuk memberikan kemenangan maruah buat anak didik M. Karathu.

Kesebelasan Utama

T-Team: Yunus Alif.

Shamsuri Mustapha (Pg) Norfazly Alias, Azizi Mat Rose, Subri Sulong, Rosdi Talib (Kp) Indra Putra, Tengku Hasbullah, Amzar Junaidi, Norfarhan Mohamed Saufi Sa'adi dan Haris Safwan Kamal.

Kelantan: M. Karathu.

Khairul Fahmi Che Mat (Pg), S, Subramaniam, Rizal Fahmi, Farisham Ismail, Zairul Fitree Ishak, Daudsu Jamaludin, Badri Radzi (Kp), Shakir Shaari, Nurul Azwan Roya, Ramzul Zahini Adnan dan Norshahrul Idlan Talaha.


Statistik Perlawanan:

PBDKT T-Team FC 1 - 1 Kelantan FA
Indra Putra Mahayudin (m61)-(m52) Rizal Fahmi Rosid

Penalti :

PBDKT T-Team :
Indra Putra Mahyudin [GOL]
Khairul Izuan [GOL]
Haris Safwan [GOL]
Badrul Hisani [GOL]
Shamsul Kamal [GOL]
Fazdly Alias [MISSED]

Kelantan :
Norshahrul Idlan Talaha GOL
Rizal Fahmi Rosid [GOL]
Nurul Azwan Roya [GOL]
Shakir Shaari [GOL]
Daudsu Jamaludin [GOL]
Danial Fadly [GOL]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular