KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Isnin, 21 Mac 2011


SPRM Siasat KAFA?



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan telah menyiasat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), baru-baru ini.

Punca sebenar SPRM melakukan siasatan masih tidak diketahui namun menurut sumber terdekat Kelatebola, SPRM telah menerima laporan dari beberapa pihak yang tidak puas hati dengan jualan tiket perlawanan melibatkan pasukan Kelantan di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV.

Dikhabarkan tiket yang dikeluarkan KAFA terlalu sedikit menyebabkan ramai penyokong setia Red Warriors tidak dapat memberi sokongan kepada pasukan Kelantan setiap kali perlawanan.

Bagi Kelatebola, kemungkinan ada perkara yang lebih besar mengapa SPRM melakukan siasatan kepada KAFA jika melibatkan jualan tiket perlawanan.

Berdasarkan situasi ketika ini, tidak mungkin tiket yang dikeluarkan KAFA tidak mencukupi kerana hampir setiap perlawanan melibatkan Sang Kijang di Kota Bharu, limpahan penyokong membanjiri tempat duduk yang disediakan.

Kapasiti Stadium seramai 25 000 penyokong sentiasa penuh diisi dan mana mungkin tiket perlawanan yang dikeluarkan KAFA terlalu sedikit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular