KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Rabu, 16 Mac 2011

Red Warriors Seri.

piya menjaringkan gol pertama kelantan

Kelantan melepaskan peluang untuk mencari kedudukan selesa dalam perlawanan suku akhir pertama Piala FA apabila sekadar terikat 2-2 dengan Felda United di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, semalam.

Mendapat sokongan hampir 30 000 penyokong setia yang membanjiri kawasan stadium seawal pagi, Kelantan gagal mempamerkan persembahan terbaik mereka.

Namun, permulaan babak pertama menyerlahkan penguasaan Kelantan apabila melakukan serangan bertali arus kearah kubu pasukan Felda United.

Peluang pertama hadir seawal minit ke-2 apabila gerakan Nurul Azwan Roya kedalam kotak penalti gagal disambar Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd Khalid Jamlus.

Felda turut mengacah benteng Kelantan melalui sepakan jarak jauh dari Liew Kit Kong hanya sedikit melewati palang gol.

Badri Radzi pula mensia-siakan dua peluang keemasan didepan gawang gol apabila hanya menyepak lemah kearah pintu gol walaupun hanya perlu menyepak leret kedalam gawang yang ternganga.

Felda yang seringkali melakukan serangan balas akhirnya menjaringkan gol pertama melalui tandukan jarak dekat Mohamad Zamri Chin hasil hantaran Badrul Azam Zamri pada minit ke-31 menewaskan sama sekali Khairul Fahmi Che Mat.

Kelantan hampir menyamakan kedudukan selepas itu melalui percubaan Nurul Azwan Roya Norshahrul Idlan Talah dan Khalid Jamlus tetapi kesemuanya berjaya diselamatkan pemain pertahanan Felda yang diketuai Khaironisam Sahabudin.

Ketika perlawanan memasuki masa tambahan, Sang Kijang berhasil menyamakana kedudukan melalui satu sepakan kencang dari luar kotak penalti ketua pasukan, Mohd Badri Radzi untuk menewaskan Hamsani Ahmad.

Bersambung babak kedua, Kelantan melakukan beberapa serangan awal kearah kubu Felda tetapi kekentalan barisan pertahanan pelawat ternyata membuntukan jentera serangan The Red Warriors.

Deretan peluang yang terhasil turut gagal disudahkan kedalam jaring untuk membantutkan hasrat Kelantan mencari gol seterusnya.

Perlawanan berubah tegang pada pertengahan babak dimana pemain kedua-dua pasukan mula bermain kasar menyebabkan beberapa kad kuning terpaksa dilayangkan pengadil perlawanan.

Setelah puas mencuba, Norshahrul Idlan menyempurnakan hantaran dari Shakir Shaari dengan sepakan kencang menewaskan Hamsani sekali lagi di pintu gol Felda pada minit ke-69.

Selepas gol tersebut, Kelantan mendapat tiga peluang terbaik menambah jaringan tetapi gagal disempurnakan Mohd Badri Radzi dan S. Chanturu.

Sepakan dari jarak dekat Nurul Azwan Roya turut ditepis Hamsani.

Tertekan dengan asakan menggila dari Kelantan, Felda melakukan tiga pertukaran termasuk memasukkan Nizarudin Yusof dan ternyata pertukaran pemain membuahkan hasil setelah Nizarudin mencipta beberapa ruang untuk jaringan gol.

Pada minit ke-88, Felda United dianugerahkan sepakan penalti kontroversi oleh Mohd Ramzaidi Katimin selepas Khairul Fahmi Che Mat didakwa menjatuhkan Ramesh Lai Ban Huat didalam kotak penalti dan Liew Kit Kong tidak mengsiakan peluang itu untuk gol penyamaan.

Pada minit ke-90, Norshahrul Idlan yang menerima umpanan dari S. Chanturu gagal menyepak masuk kedalam jaring walaupun hanya berdepan dengan Hamsani.

Sembilan kad kuning dilayangkan pengadil iaitu lima kepada pemain Felda United dan empat kepada pemain Kelantan.

Kesebelasan Utama:

Kelantan: Datuk M. Karathu
Khairul Fahmi Che Mat (Pg), Daudsu Jamaludin (Khairan Ezuan), Rizal Fahmi, Farisham Ismail, Aziz Ismail, S. Chanturu, Shakir Shaari, Mohd Badri Radzi (Kp), Nurul Azwan Roya (Khairan Eroza), Khalid Jamlus (Solehin Kanasian) dan Norshahrul Idlan Talaha.

Felda United: E.Elevarasan
Hamsani Ahmad (Pg), Khairul Annuar Jamil ( Mohd Nizam), Mohd Khaironnisam Sahabudin (Kp), Rames Lai Ban Huat, Liew Kit Kong, Azrul Ahmad, Faderin Kadir, Badrul Azam Zamri, Lot Abu Hasan (Mohd Syazwan), Muhammad Zamri Chin (Nizarudin Yusof) dan Abdul Ghani Abdul Rahman.

Pemain Terbaik Perlawanan:
Farisham Ismail.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular