KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Rabu, 2 Mac 2011

Kelantan 3 - 0 Negeri Sembilan

Kelantan akhirnya berjaya memadam keegoaan Wan Jamak apabila berjaya membelasah Negeri Sembilan 3-0 malam tadi,Gol-gol Kelantan dijaringkan oleh S.Chanturu dan dua gol lagi hasil sumbangan penyerang berbisa NorShahrul Idlan.

Gol pertama Kelantan pada awal separuh masa kedua ternyata membawa kebangkitan semangat luar biasa bagi pemain-pemain yang dilihat lebih konsisten berbanding separuh masa pertama.

Gol tersebut hasil sepakan percuma yang diambil oleh Nurul yang berjaya ditolak masuk oleh S.Chanturu.Gol tersebut ternyata merubah skrip perlawanan yang sebelum ini hambar menjadikan lebih bertenaga samaada dari Kelantan mahupun Negeri Sembilan.

Khalid Jamlus yang masuk mengantikan Ramzul yang mengalami kecederaan menjadi pencetus kepada dua gol hasil jaringan NorShahrul.Gol kedua diperolehi setelah Khalid melorongkan bola dan NorSahrul yang berada diluar kotak penalti merembat kencang menewaskan penjaga gol Negeri Sembilan,Faizal Marlias.

Penjaga gol itu sekali lagi tertewas setelah permainan menarik 1-2 dari Khalid dan NorShahrul berjaya memerangkap pertahanan kental Negeri Sembilan yang membolehkan NorShahrul meledak gol ketiga perlawanan dan gol keenam bagi dirinya untuk liga super musim ini.

Aksi mantap pertahanan Kelantan terutamanya Khairul Fahmi yang dilihat tenang menangkis asakan dari lawan.Aksi versatile dari Daudsu mendapat pujian penyokong manakala Rizal Fahmi dn Farisham kental bertahan.S.Subra juga tidak mengecewakan walaupun agak robos dan selalu mendatangkan panik buat pertahanan Kelantan.

Pujian seharusnya diberikan kepada pemain kerana berjaya bangkit dari permainan membosankan kepada permainan menarik.

Kehadiran penyokong-penyokong diluar jangkaan apabila kesemua tempat duduk penuh diisi sehinggakan ada penyokong yang tidak dapat memasuki stadium walaupun membeli tiket kerana terlalu ramai penyokong-penyokong yang hadir.

Tahiah buat penyokong-penyokong yang tak jemu-jemu memberikan sokongan kepada pasukan dan sanggup meredah apa sahaja rintangan.

Kesebelasan utama :
Khairul Fahmi,Rizal FAhmi, Farisham, Daudsu, S.Subramaniam, Shakir, Piya, Nurul Azwan(Danial Fadly), NorShahrul, Ramzul(Khalid),S.Chanturu(K.Soley)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular