KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Isnin, 14 Mac 2011

Saingan Getir Dari Felda

Khalid dijangka berada dalam kesebelasan utama menentang Felda



The Red Warriors menerima cabaran getir apabila menanti kunjungan Felda United dalam saingan suku akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam esok.

Masih dalam mood kecewa selepas tunduk kepada Pahang, skuad Kijang harus berwaspada dengan kebangkitan pasukan kelab tersebut.

Felda sudah membuktikan bahawa kehadiran mereka dalam Liga Malaysia memberi impak besar dengan kejayaan demi kejayaan.

Terbaru, mereka mencatatkan empat kemenangan berturut-turut untuk berkongsi kedudukan pertama dengan Kelantan dalam saingan Liga Super.

Malah kejayaan melayakkan ke suku akhir Piala FA menewaskan finalis musim lepas, Kedah merupakan salah satu faktor mengapa pemain The Red Warriors tidak boleh mengambil mudah pertemuan ini.

Ketua jurulatih Kelantan, M. Karathu perlu melakukan perubahan termasuk membaiki beberapa kelemahan di bahagian penyudah.

Kesilapan yang dilakukan di Kuantan perlu dilupakan dengan segera dengan memberikan tumpuan penuh perlawanan suku akhir ini.

Jika tidak, keinginan besar untuk berada di pentas akhir seterusnya menjulang piala buat kali pertama sekali lagi bakal terkubur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular