KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Ahad, 20 Mac 2011

Bonus RM 3000 untuk setiap pemain

Pemain-pemain Kelantan mendapat durian runtuh RM3000 setiap seorang setelah berjaya mengalahkan Felda United 3-0 semalam dan berjaya membawa Kelantan ke separuh Akhir piala FA.

Tan Sri Annuar Musa yang sekarang berada di Amsterdam mengumumkan berita baik tersebut melalui facebooknya.

Pemain-pemain sememangnya layak mendapat imbuhan ini kerana mereka bermain bermati-matian untuk memperoleh kemenangan ini.


Tahniah kepada semua pemain-pemain kerana berjaya merealisasikan impian penyokong-penyokong TRW yang datang dari segenap pelusuk negeri dan ada yang terpaksa membayar harga tiket yang mahal sehinggakan mencecah RM100 untuk tiket astaka.

Marilah sama-sama kita berdoa agar ULAT-ULAT TIKET yang telah'menyedut' poket penyokong-penyokong Kelantan hidup dalam keadaan yang tidak tenteram dan akan mengalami kerugian berkali ganda dari hasil yang mereka perolehi malam tadi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular