KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Selasa, 1 Mac 2011

Kaunter Tiket Diserbu.


Kaunter tiket perlawanan Liga Super Kelantan menentang Negeri Sembilan diserbu peminat setia pasukan The Red Warriors menyebabkan kesesakan teruk di sekitar Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, pagi tadi.

Kehangatan serta perlbagai promo yang dilakukan sebelum kaunter tiket dibuka turut menarik minat ramai pihak untuk turut sama memenuhi kawasan perlawanan.

Dikhabarkan, kaunter jualan tiket masih lagi dibuka dan kepada pihak yang berminat untuk mendapatkan tiket perlawanan boleh segera mendapatkan sebelum kehabisan.

Selain itu, bagi mereka yang tidak berkesempatan mendapatkan tiket di kaunter, anda boleh hadir ke The Red Warriors Cafe di Kelantan Trade Centre kerana beberapa program akan dijalankan oleh TRC Gegar FM bersama dengan Radio Rasmi Persatuan Bola Sepak Kelantan, TRW FM dengan tawaran beberapa keping tiket kepada pengunjung.

Bagi peminat yang berada di luar Kelantan, anda boleh menyaksikan siaran langsung perlawanan Liga Super membabitkan Kelantan dan Negeri Sembilan secara audio dan video melalui Red Channel, Red Vision, RC Gegar FM dan TRW FM bermula 8.30 malam ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular