KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Ahad, 20 Mac 2011

Catat Rekod Lagi.



Siaran Langsung perlawanan suku akhir kedua Piala FA diantara Felda United melawan Kelantan mencatatkan rekod baru kepada radio online TRC Gegar dan TRW FM.

Apa tidaknya, dengan jumlah keseluruhan hampir 7000 pendengar selama dua jam siaran langsung menunjukkan keinginan peminat setia untuk turut sama merasai debaran perlawanan walaupun hanya melalui halwa telinga.

Ucapan terima kasih tidak terhingga dari pihak TRC Gegar dan TRW FM dengan kesudian peminat menjadikan radio online internet ini sebagai satu wadah kepada mereka untuk mengikuti perlawanan melibatkan pasukan The Red Warriors.

Bagi menghargai sokongan tidak berbelah bahagi peminat setia yang berada di luar sana, pihak radio akan mengadakan siaran langsung audio dan video setiap perlawanan melibatkan Kelantan di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, selepas ini.

Selain itu, pihak radio TRC Gegar turut mengalukan jika ada pihak yang ingin menaja atau memberi sumbangan kepada radio internet untuk menambahkan lagi mutu siaran pada masa depan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular