KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Selasa, 29 Mac 2011

Sime Darby, Kelantan Seri.



Sime Darby gagal memintas Kelantan dalam carta Liga Piala Presiden Kumpulan A selepas kedua-dua pasukan sekadar terikat 1-1 di Padang Latihan Petronas, Bangi, petang tadi.

Walaupun menguasai perlawanan, Sime Darby buntu untuk mencari tiga mata penuh.

Bermula awal babak pertama, tuan rumah mengatur gerakan demi gerakan untuk memecahkan kebuntuan namun benteng Kelantan diketuai ketua pasukan, Nik Mohamad Shahrul Azim kental bertahan.

Bagaimanapun, Kelantan lebih berpeluang menjaringkan gol tetapi ketumpulan jentera penyudah yang diketuai Mohd Farhan Yaacob serta Azyu Ikmal menyebabkan empat kesempatan terbaik yang diperoleh terlepas begitu sahaja.

Bagi menajamkan jentera serangan, Zahasmi Ismail mengeluarkan Norsyahrul Hawari dan memasukkan Mohd Akid Ramli tetapi turut gagal mengubah kedudukan.

Pada babak kedua, perlawanan berubah menarik dengan kedua-dua pasukan saling mengatur serangan kearah kubu masing-masing tetapi ketumpulan penyudah seringkali menghampakan kem Sime Darby dan juga Kelantan.

Sime Darby harus menyalahkan diri sendiri kerana banyak peluang terbaik yang diperoleh di depan gawang Kelantan disepak tinggi selain kecemerlangan penjaga gol, Judtanna Eh Put menyelamatkan beberapa percubaan bahaya tuan rumah.

President Warriors akhirnya didepan pada minit ke-78 selepas Tuan Mohamad Norhafizie bijak menanduk masuk sepakan percuma untuk gol pertama perlawanan.

Ketika keputusan hampir berpihak kepada Kelantan, Faiz Suhaimi melakukan kesilapan setelah tertampan masuk bola sepakan pemain sayap Sime Darby pada minit ke-92.

Statistik Perlawanan

Gol
Sime Darby 1-1 Kelantan

Percubaan
Sime Darby 11 - 4 Kelantan

Posisi Bola (%)
Sime Darby 60-40 Kelantan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular