KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Ahad, 20 Mac 2011

Kijang Menang Bergaya.




Kelantan ke separuh akhir Piala FA hasil kemenangan besar yang dicatatkan keatas Felda United dalam saingan suku akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, malam tadi.

Tiga jaringan tanpa bolos membolehkan Kelantan layak dengan agregat 5-2.

Perlawanan yang berlangsung dalam keadaan padang basah tidak menghalang pemain Sang Kijang untuk melakukan serangan demi serangan.

Bermula minit ke-4, percubaan Norshahrul Idlan Talaha meliar.

Seminit kemudian, giliran Felda United melakukan ancaman selepas kegagalan pemain pertahanan mengeluarkan bola dari kawasan penalti dimanfaatkan Zamri Chin dengan kuisan dari jarak dekat namun Khairul Fahmi lebih pantas melayangkan badan menepis percubaan tersebut.

Tidak lama kemudian, Norshahrul Idlan hampir menjaringkan gol tetapi pertahanan Felda United terlebih dahulu melakukan hadangan.

Pada minit ke-8, Shakir Shaari menyaksikan percubaan dari luar kotak penalti diselamatkan Hamsani Ahmad.

Selang empat minit selepas itu, Red Warriors dinafikan sepakan penalti selepas pengadil meneruskan perlawanan walaupun Norshahrul Idlan dijatuhkan pemain Felda di dalam kotak penalti.

Kelantan akhirnya didepan selepas S. Chanturu yang mendapat lorongan dari Norshahrul Idlan Talaha tenang melakukan lambungan rendah menewaskan Hamsani Ahmad pada minit ke-18.

Sang Kijang sekali lagi mengancam kubu Felda melalui percubaan dari sebelah kiri Nurul Azwan Roya namun sepakan pemain ini hanya membias jaring tepi tuan rumah.

Sepakan percuma Mohd Syazwan terus kepada Khairul Fahmi pada minit akhir menutup separuh masa pertama.

Bersambung babak, Felda dan Kelantan saling mengatur gerak dengan beberapa serangan bahaya.

Sepakan Shakir Shaari tersasar pada minit ke-49 hampir mengandakan kedudukan Kelantan.

Felda United pula hampa apabila jaringan gol Farderin Kadir pada minit ke-61 dibatalkan selepas didakwa berada dalam kedudukan offside.

Serangan balas pantas yang dilakukan Kelantan akhirnya membuahkan hasil selepas hantaran Badri Radzi kedalam kotak penalti Felda mudah disambar Nurul Azwan sebelum meledak sepakan kaki kiri menewaskan Hamsani sekali lagi pada minit ke-66.

Tiga minit kemudian, Kelantan dikurniakan sepakan percuma diatas garisan gol tetapi Badri Radzi menyepak tinggi tidak mengancam pintu gol Felda.

Sepakan percuma dari Nurul Azwan Roya dari sebelah kanan pada minit ke-76 pantas ditepis keluar manakala tampanan jarak dekat Nidzad Ayub mudah diselamatkan Hamsani pada minit ke-83.

Felda yang tertekan ketinggalan dua jaringan hampir merapatkan kedudukan apabila sepakan deras Liew Kit Kong dari luar kotak hanya sedikit melewati palang gol pada minit ke-85.

Kealpaan barisan pertahanan Felda akhirnya memakan diri selepas Nidzad Ayub tenang menyempurnakan hantaran jauh Daudsu Jamaludin untuk gol ketiga Kelantan pada minit ke-88.

Ketinggalan tiga jaringan tidak mematahkan semangat pemain Felda apabila beberapa percubaan pada saat akhir hampir membuahkan hasil.

Percubaan Farderin Kadir dari sebelah kiri pada minit ke-89 ditepis manakala tandukan Nizarudin hasil sepakan sudut ditampan diatas garisan gol penjaga gol Kelantan sebelum tindakan susulan dari Ramesh Lai Ban Huat hanya terkena tiang.

Pada minit pertama masa kecederaan, Mohd Syazwan melepaskan satu sepakan deras tetapi Khairul Fahmi lebih bersedia menyelamatkan pintu gol kawalannya.

Ketika perlawanan memasuki minit akhir masa tambahan, Shakir Shaari hampir menambah jaringan kepada Red Warriros tetapi Hamsani mudah menampan keluar sepakan tersebut.

Lima kad kuning dilayangkan pengadil perlawanan kepada pemain Felda United manakala Kelantan menerima satu kad kuning.

Kesebelasan Utama:

Felda United: E. Elevarasan
Hamsani Ahmad (Gk), Khairul Annuar Jamil, Ramesh Lai Ban Huat, Liew Kit Kong, Farderin Kadir, Badrul Azam Zamri, Azi Shahril Azmi, K. Rajan, Muhamad Zamri Chin (Nizarudin Yusof), Abd Ghani Rahman dan Khaironnisam Sahabudin (Kp).

Kelantan: Datuk M. Karathu.
Khairul Fahmi Che Mat (Gk), Rizal Fahmi Rosid, Farisham Ismail, Daudsu Jamaludin, Zairul Fitree Ishak, Nurul Azwan Roya, Mohd Badri Radzi (Kp), Shakir Shaari, S. Chanturu (Khairan Eroza), Solehin Kanasian Abdullah (Zulyusri Che Harun (Nidzad Ayub) dan Norshahrul Idlan Talaha.

Pemain Terbaik Pilihan RedsFC:
Khairul Fahmi Che Mat.

Statistik

Gol:
Felda United [2] 0-3 [5] Kelantan

Kad Kuning
Felda United 5-1 Kelantan

Kad Merah
Felda United 0-0 Kelantan

Posisi Bola (%)
Felda United 45-55 Kelantan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular