KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 17 Mac 2011

Karathu puas walau seri dengan Felda United

KOTA BHARU - Meskipun diikat 2-2 oleh Felda United pada suku akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Muhammed IV kelmarin, ketua jurulatih Kelantan, Datuk M.Karathu tetap berpuas hati dengan persembahan pemain.
Malah beliau memuji pemain yang yang sentiasa bekerja keras di sepanjang perlawanan, biarpun gagal memanfaatkan peluang beraksi di gelanggang sendiri.
"Mereka main dengan cukup bagus, meskipun ketinggalan pada minit ke-31, pemain tidak mudah hilang rentak.
"Pemain tidak mudah putus asa walaupun ketinggalan, sebaliknya bangkit menjaringkan gol penyamaan sebelum tamat separuh masa pertama.
"Itulah yang kita mahukan dalam setiap kali perlawanan terutama dalam perlawanan yang amat penting. Cuma selepas mendapat gol kedua, kita gagal memanfaatkan beberapa peluang gol termasuklah menerusi Norshahrul di pada minit akhir, selepas Felda United berjaya menyamakan kedudukan," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Tambahnya, pada perlawanan kedua Sabtu ini, beliau mahu barisan pemain mempamerkan aksi lebih bertenaga.
"Kalau kita main macam malam semalam (kelmarin), saya yakin Kelantan mampu melakukan kejutan pada perlawanan kedua nanti.
"Pada perlawanan malam semalam (kelmarin) saya telah mengenalpasti beberapa kelemahan.
"Untuk perlawanan yang akan datang saya akan memperkemaskan kelemahan tersebut terutama pertahanan," ujarnya.
Karathu mengakui Felda United merupakan sebuah pasukan yang kuat dan mempunyai barisan pemain yang cukup berpengalaman.
"Kedua-dua pasukan mempunyai kekuatan yang seimbang, namun saya percaya Kelantan tetap berpeluang meneruskan kemaraan walaupun Felda United memiliki kelebihan jaringan di tempat lawan," katanya.
Mengenai pertahanan kiri, Muhammad Abdul Aziz Ismail yang pertama diturunkan, Karathu berkata: "Saya berpuas hati dengan apa yang beliau tunjukkan. Walaupun baru diturunkan, namun dia berjaya melakukan tugasan yang diberikan dengan baik.
"Cuma masih terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki terutama semangat perlawanan. Saya yakin dan percaya jika diberikan peluang beliau mampu mengatasi masalah tersebut," ujarnya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular