KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 18 Mac 2011


Cari Gol Awal - Karathu.




Pemain Kelantan diingatkan mencari gol awal dalam perlawanan suku akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Sabtu ini.

Itu pesan ketua jurulatih, Datuk M. Karathu kepada semua pemain The Red Warriors sewaktu ditemui Radio Internet, TRC Gegar di Kelantan Trade Center (KTC).

Menurut Karathu, Sang Kijang mampu layak ke pusingan seterusnya jika mampu mencari gol seawal mungkin kerana ia menyebabkan moral pemain Felda United sedikit jatuh.

Pihak lawan mempunyai ramai pemain berpengalaman selain diketuai seorang jurulatih yang hebat. Mereka mampu untuk menyekat kita layak ke separuh akhir jika kita tidak fokus pada perlawanan.

Felda United menampilkan persembahan terpuji dalam perlawanan itu dimana beberapa pemain mereka seperti Azrul Ahmad, Lot Abu Hasan menyempurnakan tugasan yang diberikan dengan baik.

Tetapi kita sebenarnya mendapat peluang terbaik untuk layak kerana pasukan lawan bakal kehilangan Khairul Annuar Jamil ekoran kecederaan selain tiga pemain utama mereka akan digantung perlawanan selepas dilayangkan kad kuning.

Namun, berita gembira kepada Felda setelah pemain mereka, Azi Shahril Azmi bakal kembali memperkuatkan pasukan.

Diminta mengulas tentang perlawanan pertama, Karathu menegaskan bahawa jentera serangan Red Warriors dilihat sangat bermasalah dimana ketumpulan penyudah menjadi salah satu penyebab mengapa mereka tidak menang.

Banyak peluang yang diperoleh melalui Norshahrul dan Khalid selain kesempatan dimiliki Azwan dan Badri, tetapi kita tidak dapat menyempurnakan peluang itu kedalam jaring. Walaubagaimanapun, saya memuji dua jaringan yang dilakukan Norshahrul dan Badri Radzi. Mereka tahu bila pasukan memerlukan jaringan.

Komen mengenai persembahan Khalid Jamlus beliau mengatakan penyerang berpengalaman ini sedikit malas mengejar bola tetapi kehadiran Khalid dalam perlawanan sebenarnya membuka ruang kepada Norshahrul untuk bergerak bebas.

Dalam perlawanan pertama dua hari lalu, Sang Kijang terikat 2-2 dengan Felda United dan timbal balik Sabtu ini menjadi satu perlawanan penting buat pemain dan pihak pengurusan Kelantan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular