KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Rabu, 2 Mac 2011

Kenderaan Rasmi ARMY dilancarkan.


Kenderaan rasmi Akademi Al-Hamra Red Warriors dilancarkan secara rasminya di perkarangan Kelantan Trade Centre, sebentar tadi

Majlis penyerahan replika anak kunci kereta model Inspira disempurnakan oleh Presiden KAFA, Tan Sri Haji Annuar Musa kepada CEO ARMY, B. Sathianathan.

Dalam sidang media selepas majlis penyerahan kunci kenderaan, Tan Sri Annuar Musa sekali lagi menegaskan penubuhan akademi Red Warriors bertujuan melatih remaja dalam sukan bola sepak selain menerapkan segala ilmu berkaitan sukan kegemaran rakyat tersebut.

Akademi Al- Hamra Red Warriors berpusat di Kompleks Sukan Panji dan KAFA ada perancangan untuk mengadakan kerjasama dengan kelab luar termasuklah pasukan Cardif City.

ARMY akan dikendalikan 20 kakitangan diketuai B. Sathianathan dan kita sedang mencari enam jurulatih senior serta enam pembantu untuk melatih 240 orang pelajar yang akan diserapkan nanti, jelas Annuar.

Kelengkapan akan disediakan oleh KAFA termasuk modul pembelajaran namun kita mungkin akan mengenakan sedikit bayaran kepada peserta yang menyertai akademi ini.

Selain itu, KAFA turut berhasrat melakukan perlbagai program melalui akademi ini dimana kita akan melakukan program ad-hoc, pemakanan sains sukan serta merencana klinik bola sepak untuk program jangka kekal jangka panjang dan jangka pendek.

Kepada pihak yang berhasrat menaja, KAFA turut akan memperkenalkan program ini dengan sistem francais dan kemungkinan ARMY akan dibuka di Lembah Kelang tidak lama lagi.

Dengan tagline, Transforming Talents, KAFA mengenakan syarat kemasukan dalam akademi Al Hamra Red Warriors dengan hasrat mendidik pemain muda menjadi pemain bola sepak pada masa depan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular