KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 18 Mac 2011

Kijang, Seladang Sama Hebat.




Kealpaan pertahanan pada saat akhir menyebabkan President Warriors kempunan memungut mata penuh setelah diikat Perak 1-1 di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, petang tadi.

Para pemain seharusnya menyalahkan diri sendiri ekoran kegagalan mencatatkan kemenangan kerana deretan peluang terhidang gagal disudahkan kedalam jaring.

Babak awal separuh masa pertama menyerlahkan keazaman pemain Kelantan untuk menjaringkan gol apabila beberapa peluang keemasan diperoleh melalui Mohd Farhan Yaacob dan Shahiran Md Zain tetapi penjaga gol Perak mudah menyelamatkan pintu gol kawalannya.

Perak tidak ketinggalan apabila serangan balas pada minit ke-7 melalui K. Divinesh berjaya diselamatkan Judtanna.

Farhan Yaacob terus hampa apabila gerakan yang diatur kearah gawang Perak mudah disekat pemain pertahanan pelawat manakala peluang yang dimiliki pada minit ke-18 disepak liar.

Perlawanan berubah selepas itu dengan kedua-dua pasukan mengatur gerakan demi gerakan kearah kubu masing-masing tetapi gagal untuk memecahkan kebuntuan sehingga wisel dibunyikan.

Bersambung babak, Kelantan memulakan serangan dengan pantas kearah kubu Perak.

Akhirnya gol pertama yang dinantikan menjelma apabila hasil satu sepakan percuma menarik dari Khairul Izuan Salahudin meletakkan Kelantan didepan pada minit ke-48.

Gol pertama menaikkan semangat pemain Sang Kijang dengan percubaan dari Khairul Izuan Rosli terkena jaring tepi pada minit ke-51 manakala percubaan Farhan Yaacob hasil gerakan Azyu Ikmal pula sedikit tinggi dari pintu gol Perak.

Tidak tertekan dengan asakan tuan rumah, Perak mengatur gerak melalui bahagian sayap dan percubaan pertama mereka hadir pada minit ke-56 setelah Hafiz Hamdan yang mendapat hantaran dari Ahmad Shazuan menyepak tinggi melepasi pintu gol.

Hafiz Hamdan terus kempunan setelah hantaran satu dua bersama Khalis Ibrahim diselamatkan Judtanna Eh Put pada minit ke-61.

Tujuh minit kemudian, Farhan Yaacob melepaskan satu sepakan lambung dari luar kotak penalti tetapi sedikit tersasar dari pintu gol walaupun penjaga gol Perak, Nik Mohd Shahrin sudah tertewas.

Sepakan percuma Hafiz Hamdan terus kedakapan Judtanna pada minit ke-70 manakala hantaran pemain ini kepada Mohd Shazuan diselamatkan sekali lagi dari jarak dekat oleh penjaga gol muda Kelantan.

Menyedari tekanan diserang hebat pemain lawan, Zahasmi melakukan beberapa pertukaran kedalam pasukan dan ternyata kemasukan pemain baru memberi nafas baru kepada corak serangan Sang Kijang.

Izuan Salahudin memperagakan aksi menarik pada minit ke-80 apabila berjaya menggelecek empat pemain pertahanan pelawat sebelum melepaskan satu sepakan kencang dari luar kotak penalti namun palang gol menjadi penghalang.

Pada minit ke-82, Judtanna terus menjadi penyelamat pintu gol dengan melakukan dua aksi menyelamat pantas percubaan dari pemain Perak hasil keadaan kelam kabut didepan pintu gol Kelantan.

Gerakan Azyu Ikmal disudah kan dengan sepakan separuh volley dari farhan Yaacob tetapi turut tersasar pada minit ke-89.

Kekebalan Judtanna akhirnya lebur pada minit pertama masa tambahan setelah Perak berjaya mendapatkan gol penyamaan melalui sepakan percuma rendah Mohd Shazuan dari jarak 25 meter.

Dengan keputusan seri ini, Kelantan kekal di kedudukan ketiga, gagal memintas Perak walaupun mempunyai mata yang sama.

Kesebelasan Pemain:


Kelantan: Zahasmi Ismail & Hamid Ramli
Judtanna Eh Put,Faiz Suhaimi, Khairul Izuan (Md Shawal Rudin), Shahiran Zain (Norsyahrul Hawari), Farhan Yaacob, Zamri Ramli (Faizol Nazlin), Nick Chan, N.Shahrul Azim (Kp), Manaf Mansor (Norsyahrul Hawari), Mohamad Izuan dan Tuan Md Norhafizie

Perak: Abu Bakar Fadzim
Nik Md Shahrin (Gk), Afiq Amysar, Nasriq Kamarudin, Md Tajudin, Rafiq Fareez, Khalis Ibrahim (Kp), Md Shazuan, Raja Muhamad Yusof, K. Divinesh, Hamizul Zaidi dan Kenny Pallraj.

Pengadil: Ahmat Faisal Mamat
Pen. Pengadil 1: Mohd Rahimi Mohd Noor
Pen. Pengadil 2: Zairul Azril Zakaria
Peg. Ke-4: Ku Alaudin Ku Muhamad

Pemain Terbaik Perlawanan: Judtanna Eh Put (Kelantan)


Statistik

Kad Kuning
Kelantan 2-2 Perak

Kad Merah
Kelantan 0-0 Perak

Posisi Bola (%)
Kelantan 50-50 Perak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular