KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Rabu, 30 Mac 2011

Limpahan Bakat Muda Kelantan.


Nama Kelantan mula harum di persada sukan bola sepak tanahair dengan kelibat ramai anak muda dari negeri ini yang mewakili skuad negara..

Siapa tidak kenal Khairul Fahmi Che Mat, Syahrul Azwari, Wan Zaharul Nizam, Ferris Danial dan Ahmad Fakri Saarani. Mereka semua merupakan anak kelahiran Kelantan yang menempa nama dalam sejarah bola sepak Malaysia ketika ini.

Nama-nama diatas meneruskan legasi yang telah dimulakan Dali Omar, Hashim Mustapha, Kamarudin Mat Nor, Zahasmi Ismail serta ramai lagi dimana mereka ini telah mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

Satu ketika dahulu, walaupun mempunyai limpahan nama berbakat dalam sukan bola sepak, kelibat pemain berasal dari Kelantan banyak tersekat kerana diskriminasi pihak atasan namun kini ianya semakin berubah bila mana persembahan yang ditunjukkan ternyata amat diperlukan pasukan kebangsaan.

Diakui sendiri pengendali skuad Kebangsaan ketika ini, K. Rajagobal betapa negeri Kelantan merupakan lubuk untuk mencari bakat muda yang mampu diserapkan dalam kesebelasan utama negara.

Lihat contoh pada Wan Zaharul Nizam, aksi pertama bersama skuad senior telah memikat hati pengendali skuad kebangsaan dan ketika ini, beliau berada dalam kesebelasan utama skuad muda negara malah menjadi penyumbang gol dalam perlawanan kelayakan olimpik.

Tidak dinafikan kejayaan yang diraih ketika ini adalah hasil penat lelah Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk menonjolkan anak Kelantan di persada sukan tanahair.

Bakat pemain muda digilap sebaik mungkin di peringkat bawahan sebelum diserap naik kedalam pasukan senior malah ada pemain muda ini berkelana ke luar negeri dan menjadi tonggak utama pasukan tersebut.

Ternyata keupayaan pemain Kelantan mula diakui oleh ramai pihak setelah kejayaan demi kejayaan diraih baik kejohanan dalam negara dan juga luar negara.

Suatu tidak asing sewaktu ini ialah kebanyakan pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia mengontrakkan pemain kelahiran Kelantan dalam pasukan mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular