KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Isnin, 21 Mac 2011

Piala FA 2011 - Milik Pantai Timur?

Siapa sangka, tiga pasukan pantai timur berjaya melayakkan diri ke perlawanan separuh akhir Piala FA 2011.

Jelas dilihat kebangkitan kuasa bola sepak Pahang, Kelantan dan Terengganu dari lena yang panjang untuk meletakkan mereka setaraf dengan pasukan handalan lain.

Kejayaan bersejarah ketiga-tiga pasukan bukan diraih dengan jalan mudah setelah pasukan yang menjadi lawan mereka pada peringkat suku akhir memberikan saingan sengit sebelum membenarkan mereka mara ke peringkat empat terbaik.

Malah kejayaan ini mencetuskan bahawa pasukan Pantai Timur sudah mulai bangkit untuk sama mencabar kejuaraan piala yang mula diperkenal sejak tahun 1990.

Dengan Pahang sudah mengesahkan tempat mereka lebih awal, sehari sebelum ini, Kelantan pula mara selepas menundukkan Felda United dengan agregat 5-2 manakala Terengganu turut cemerlang membenam cabaran Perak di Kuala Terengganu.

Impian peminat untuk menyaksikan perlawanan akhir kali pertama antara pasukan pantai timur bakal menjadi kenyataan jika Kelantan yang diundi melawan Selangor dalam separuh akhir nanti mampu menewaskan pasukan tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular