KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Sabtu, 7 Ogos 2010

Umrah TRW:Selamat Pergi dan Balik

emel

Kami mendoakan semoga selamat perjalanan pergi dan balik skuad The Red Warriors yang akan berangkat mengerjakan umrah pada 8/8/2010 pukul 1 pagi. Kelab The Red Warriors KLIA yang terdiri daripada kakitangan KLIA akan meraikan dan mengiringi jemaah umrah The Red Warriors daripada balai ketibaan hingga ke bilik menunggu VIP yang akan diuruskan oleh saudara Hamdan,Nazim dan Zakie. Buat pengetahuan semua kawasan bilik menunggu yang akan diduduki oleh jemaah umrah tidak boleh masuk tanpa kebenaran bertulis daripada pihak KLIA.

Oleh itu dinasihatkan para penyokong tidak menyerbu kawasan KLIA, para jemaah umrah The Red Warriors dijangka tiba pada pukul 9 malam di KLIA dari Kota Bharu. Jangkamasa 10 malam -12 tengah malam adalah masa menunggu sebelum berlepas dari KLIA ke Tanah Suci.

Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular