KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Selasa, 17 Ogos 2010

Sambutan Dari Tangga Pesawat Jemaah Umrah The Red Warriors

emel

TRWC KLIA sedang merancang akan mengiringi ketibaan jemaah umrah The Red Warriors dari tangga pesawat lagi bagi memastikan para jemaah dibawa ke bilik tetamu dengan teratur. En Ezanuddin ketika menghubungi TRWC memberitahu pihaknya telah bersedia menerima segala permintaan yang diperlukan pihak KAFA yang diwakili oleh TRWC dalam mempermudahkan ketibaan dan mengadakan sambutan.

InsyaAllah para jemaah umrah yang berlepas pada 17 Ogos 2010 dari Tanah Suci dijangka akan tiba di Malaysia pada 18 Ogos 2010 pukul 3.15 petang di lapangan terbang antarabangsa KLIA. Kepada semua peminat yang berminat untuk bersama TRWC KLIA menyambut ketibaan para jemaah The Red Warriors bolehlah menghubungi saudara Zakie 012-3636984 atau Saudara Nazim 010-2082003.

Pemberitahuan: Untuk penyokong yang berminat menghadirkan diri hanya dibenarkan berada di kawasan lapangan terbang yang dibenarkan sahaja, untuk kawasan pesawat dan kawasan antarabangsa pihak kami memperolehi kebenaran yang terhad kepada hanya 4 individu sahaja tidak termasuk staf KLIA yang menjadi ahli TRWC. TERIMA KASIH.

DOAKAN SEMOGA JEMAAH UMRAH THE RED WARRIORS, SELAMAT TIBA DI MALAYSIA. AMIN

Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular