KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Sabtu, 7 Ogos 2010

Pemimpin FAM lepas jawatan tidak praktikal



KOTA BAHARU – Cadangan bekas Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar agar anggota jawatankuasa FAM yang terpilih dalam kongres tahunan minggu lalu melepaskan jawatan di peringkat negeri, dianggap sebagai tidak praktikal.

KOTA BAHARU – Cadangan bekas Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar agar anggota jawatankuasa FAM yang terpilih dalam kongres tahunan minggu lalu melepaskan jawatan di peringkat negeri, dianggap sebagai tidak praktikal.

Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa berkata, jika semua pemimpin itu melepaskan jawatan, mereka sudah tidak mempunyai kuasa mengundi dan tidak boleh membawa permasalahan di negeri yang dipimpin.

“Ada pro dan kontra atas cadangan itu tetapi perlu fikirkan secara mendalam kerana yang lebih penting kita mahu memberi tumpuan untuk menyelesaikan masalah di setiap persatuan negeri untuk dibincang.

“Jika kita lepas jawatan, kita sudah tidak ambil tahu dan tidak tahu permasalahan yang berlaku di negeri dan apa lagi yang mahu dibahas dalam kongres,” katanya.

Semalam Raja Ahmad Zainuddin ketika memberikan cadangan itu berpendapat dengan cara itu mereka akan dapat memberikan lebih masa dan komitmen untuk menyempurnakan azam bekerja keras dalam memajukan sukan tersebut.

Ini kerana kata Raja Ahmad Zainuddin, hampir kesemua yang terpilih dalam pemilihan minggu lalu mempunyai jawatan di peringkat negeri dan tidak mahu ia mempengaruhi keputusan dibuat di peringkat nasional.

Hanya Presiden FAM Sultan Ahmad Shah, Timbalan Presiden Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Naib Presiden FAM Datuk Subahan Kamal dan Datuk Afandi Hamzah tidak mempunyai jawatan di peringkat negeri.

Sementara itu Annuar yakin FAM akan membincangkan isu pemain sebelum berakhirnya siri Piala Malaysia musim ini.

Katanya, ia merupakan isu hangat yang dibincangkan di semua peringkat dan jika ia untuk kebaikan sukan itu, FAM tidak mempunyai masalah untuk dibincangkan segera.

Dalam isu lain Annuar yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), baru-baru ini mengumumkan pasukan Kelantan mendapat durian runtuh apabila menerima bonus sebanyak RM100,000. - Bernama
Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular