KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 20 Ogos 2010

Kelantan Akan Adakan 4 Siri Perlawanan Persahabatan

emel

Tan Sri Annuar Musa ketika menjelaskan perkara ini, beliau menjelaskan skuad The Red Warriors akan mengadakan 4 siri perlawanan persahabatan dengan pasukan piala Malaysia yang berada dalam kumpulan lain. Beliau akan menghebahkan perkara ini secepat mungkin kepada semua penyokong The Red Warriors sekiranya telah memperolehi senarai pasukan yang akan ditentang Kelantan.

Beliau juga akur dan akan memastikan Kelantan sentiasa berwaspada kerana bagi beliau semua pasukan kumpulan A bakal menggugat impian Kelantan. Beliau yakin pasukan Kelantan akan menjuarai piala Malaysia dan semua pemain turut berjanji kepada beliau ketika di tanah suci untuk memastikan Kelantan membawa pulang piala Malaysia ke Kota Bharu kali ini.

Ketika disana skuad The Red Warriors mengadakan latihan seperti biasa dibantu penolong jurulatih Hashim Mustapha dan Sidek. Sungguhpun yakin, Tan Sri Annuar Musa menyeru semua penyokong Kelantan memberi sokongan padu tanpa berbelah bahagi kepada skuad The Red Warriors sehingga ke perlawanan akhir, kalaupun kita ditakdirkan terkandas awal, beliau meminta semua pihak akur dan terus bersama The Red Warriors. Beliau enggan mengulas mengenai spekulasi pemain import kerana beliau ingin semua pemain yang ada sekarang fokus dan tidak diganggu emosi mereka dengan spekulasi ini.

Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular