KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Sabtu, 7 Ogos 2010

Isu Pemegang Jawatan FAM lepas Jawatan Peringkat Negeri.


Ulasan peribadi Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin meminta semua ahli jawatan kuasa terbaru FAM melepaskan jawatan di peringkat negeri disifatkan tidak membantu pembangunan bola sepak Malaysia.
Menurut cadangan mantan Naib Presiden FAM tersebut, melepaskan jawatan peringkat negeri dapat memberikan lebih masa dan komitmen kepada azam untuk memajukan sukan tersebut kearah agenda nasional.
Kebanyakan pemegang jawatan yang terpilih dalam kongres FAM beberapa hari lalu masih memegang jawatan dalam pengurusan persatuan peringkat negeri.
Hanya Presiden, Sultan Ahmad Shah, Tengku Abdullah (Timbalan Presiden), Datuk Subahan Kamal dan Datuk Afandi Hamzah (Naib Presiden) tidak memegang sebarang jawatan di peringkat negeri.
Cadangan yang dikemukakan Datuk Raja Ahmad Zainuddin mendapat maklum balas segera dari beberapa pemimpin terbaru FAM termasuklah Timbalan Presiden merangkap Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa.
Bagi Annuar, ada pro dan kontra pada cadangan tersebut tetapi banyak perkara perlu difikirkan kerana kini yang lebih penting ialah membincangkan bagaimana menyelesaikan masalah setiap persatuan negeri.
Katanya, melepaskan jawatan di peringkat negeri mengakibatkan masalah yang berlaku di peringkat negeri tidak akan diambil tahu selain kekurangan isu untuk dibahaskan dalam kongres.
Timbalan Presiden FAM tersebut turut mengulas akan kesan yang akan timbul jika semua pemimpin peringkat negeri melepaskan jawatan dimana mereka akan kehilangan kuasa mengundi selain tidak dapat membawa masalah persatuan yangd dipimpin mereka ke pihak lebih tinggi
Komen-Komen Rakan Facebook
The Red Warriors Malaysia dan Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan.
Wan Iswan
jikalau perletakan jawatan dlm persatuan bola negeri mngakibatkan pelbagai msalah yg tmbul dan jikalau nak mtk tlg pda fam mesti pyah sbb kte tdak ada dh jawatan dlm ngeri.,scara automatik telah mnjatuhkan bola ngeri masing2.,kte tgk ngara lua bgitu profesional pgang jawatan dgn tanggungjwb dan adil mngakibat kan bola spak ngara dan klab maju.,kalu la Tansri ltak jawatan ini bermakna dia xblh nak tlg bola sepak ngeri dh dr sgi dalaman.,mby sukar,sbb tu ramai yg mnyokong agar Tansri presiden kekal kan jawatan.,jgn duk layan sgt raja zainuddin tu,dio tu wktu zaman dio pgang duo jawatan xdop ore sbuk pn..,tp blo ore lain pgang mulo nk kalut,dio tu patut tmpukan perhatian pda bola sepak perak yg jtuh doh loni..
Abe Yusmey
bg kawe la... tugas di persatuan negri dpt di adaptasi dalam membina FAM yg telah gagal.. jd xsalah untuk TSAM terus memimpin KAFA dan FAM sekaligus... beliua tau ape mslh yg ada di setiap persatuan negeri.. so itulah kelebihan nyer..
Haizad Mohamad kawe percaya, TSAM mampu menggalas kedua2 tanggungjawab ni..
TSAM berjaya memacu imej KAFA ke peringkat yg lebiy baik...pastu menjadikan bola sepak ni bukan sekadar permainan, tp buleh jadi business lg..sepatutnya, dia kena respek la....rasanya, KAFA yg pertama buat gini..
Mohd Zaki Abd Hamid
benda ni..akan menyebabkan persatuan negeri yg telah mencipta nama....kembali lesu...
ini kerana.....presiden negeri...dan pemain telah ada keserasian....
apa salahnya diteruskan keserasian ini..??
player2 pun akan main dgn semangat bila keserasian itu wujud.....
xdok masalah dalaman org kata...hati tenang..pikiran tenang..mainan bagus....nama negeri jugak yg naik...kawe relo TSAM letok jawatan naib presiden FAM demi bolasepak kelate...TSAM pege kelate sajo pun x po....
Shukri Yie yang penting dapat buat kerja bagus sudah cukup memartabakan bolasepak malaysia... tiada masaalah pemimipin FAM menjadi pemimpin kepada persatuan negeri mereka, yang penting ada ideal yg bernas serta bijak dan kerja besama-sama (team work) itu yg penting...zaman sudah canggih pelbagai kemudahan sudah ada.. misi dan objetif yg bagus pasti beroleh kejayaan...juga adalah diharapkan niat dan usaha murni pasti akan dapat ganjaran serta memberi manfaat yang berterusan kepada negara...
Along Nasi Kabu komen bekas pemimpin tuh menanda kan beliau sudah gagal dalam melaksana kan tugas beliau,, mybe beliau tlh menfsir kan kenyataan beliau sma dgn kgagalan bliau.. pengalaman buruk bliau,. harap bliau kene lebih brpikiran terbuka kerana bukan smuo org macm beliau...kite kene blaja dari kesilpn.. TSAM mmg ada pengalmn dlm hl bola spk .mlh TSAM bleh mnaikkan sbuah pasukn yg prnah jtuh ke liga FAM,AGK2 ADE HRPN KE NAK NAIK KE LIGA PRDANA.. TP BLIAU BRJYA MMBW PSUKN BLIAU K LIGA SUPER ,DLM TMPOH YG BNR2 SINGKT..
TSAM tak munnjuk kan politik bliau dlm prsatuan ..tak mcm pasukan BEKAS PEMIMPIN FAM skrg.. sibuk nk menjatuh kan pemimpin sendiri.. kerana POLITIK,,,,..POLITIK..POLITIK..... POLITIKKK... ITU KER PEMIMPIN PERSATUAN YG KITE CARI..??? YG LAPAR NAK DUK DLM JWATAN FAM.. SENANG NK JATUH KAN LGI PASUKAN YG DI PEGANG OLEH PEMIMPIN BERLAINAN PARTI..
Wawan Faiz
Isu peletakan Jawatan Pemimpin FAM dalam Persatuan negeri ada positif n negatif nya. Dari sudut positif, jika seseorang pemimpin FAM melepaskan jawatan di persatuan Negeri, akan lebih memeudahkan kerja pemimpin FAM itu sendiri kerana hanya perlu memfokuskan kepada perancangan Nasional dan bagi mengelakkan tanggapan negatif jika berlaku kes yang melibatkan persatuan negeri yang dipimpin oleh pemimpin FAM itu sendiri. Sebagai contoh, jika persatuan negeri Kelantan di hadapkan ke tata tertib FAM akibat melakukan kesalahan, disiplin, tiada prejudis dalam FAM menentukan keputusan/hukuman. Jika pemimpin FAM itu membuat keputusan yang memihak kepada persatuan negeri yang dipimpin, ianya akan menjadi isu berat sebelah. Dan banyak pihak akan "bising" dengan keputusan yang dibuat. Peletakan jawatan dalam persatuan negeri juga bagi mengelakkan berlaku keputusan yang tidak adil berlaku.
Namun, saya tidak bersetuju dengan isu dimana Pemimpin FAM perlu meletakkan jawatan dalam Persatuan Negeri kerana beberapa sebab. Kerana, mengikut peraturan asal, pemimpin FAM tidak perlu meletak jawatan yang dipegang di persatuan negeri, dan kenapa baru sekarang ianya mahu dibangkitkan selepas keputusan pemilihan kepimpinan FAM keluar. Kenapa tidak dari dulu, atau SEBELUM pemilihan dilakukan, kenapa tidak ketika itu pindaan dibuat. Kenapa sekarang? Adakah kerana ada agenda lain di sebalik "cadangan" itu.
Secara realistiknya, jika seseorang pemimpin FAM memegang persatuan Negeri, ianya tidak memberi banyak masalah jika pemimpin itu sendiri mampu menjadi pemimpin yang adil. Dan, di dalam FAM, bukan hanya seorang sahaja yang ada kuasa dalam melakukan keputusan, malah, persidangan akan diadakan bagi berbincang sebelum keputusan dipersetujui majoriti.
Soal, fokus atau tidak, itu tidak menjadi isu, jika seseorang pemimpin itu mampu untuk mejalankan dua tugas. Semestinya, sebagai pemimpin yang terpilih, beliau mampu melakukan dua tugasan secara serentak.
Satu kesan negatif jika sesorang pemimpin FAM itu melatak jawatan dalam persatuan negeri. Iaitu, pemimpin itu hilang kuasa untuk mengundi apabila pemilihan diadakan pada masa hadapan.
Satu kelebihan jika seseorang pemimpin FAM berada dalam persatuan negeri iaitu pemimpin itu akan lebih memahami masalah dan permasalah yg ada dalam persatuan itu kerana dia lebih dekat dgn persatuan ngeri secara tidak lansung tahu segala masalah yang dihadapi seterusnya boleh membawa masalh itu terus untuk dibincangkan di FAM.
Tidak relavan jika seseoran pemimpin FAM itu perlu meletak jawatan. Bola sepak sekarang tidak seperti dulu. Satu perubahan kearah yang lebih profesional perlu dilakukan. Soal peribadi, tolak ketepi. Agenda politik, buang jauh-jauh. Demi memajukan bola sepak kita, kita perlu berubah kearah yang lebih profesional. Biarkan pemimpin yang terpilih membuat perancangan yang terbaik. Beri mereka masa dan peluang. Jangan ada yang ada hasat dengki untuk menjatuhkan antara satu sama lain. Hal ini secara tak lansung menjatuhkan bola sepak negara.

Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular