KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Selasa, 17 Ogos 2010

Berkongsi Hit Portal Secara Percuma

emel

TRWC yang baru lapan bulan dilancarkan telah berjaya mengatasi portal persatuan bolasepak pasukan lain dan web-web sukan tempatan yang berkaitan. Pencapaian ini boleh dirujuk melalui capaian portal www.alexa.com dan www.google.com/analytics. Dengan kadar purata kini lebih 50, 000 pelawat sebulan dan pernah mencecah 120,000 pelawat sebulan, pernah menduduki ranking 1400 di Malaysia sebelum piala dunia dan terkini TRWC menduduki ranking 1840 Malaysia.

Pencapaian TRWC satu kejayaan yang membanggakan kerana berjaya kekal mencecah hit lebih 3 juta sebulan dan dikunjungi pelawat dari 237 buah negara. Namun begitu, pada bulan puasa ini jumlah pelawat sedikit menurun mungkin disebabkan tiada laporan perlawanan semasa tetapi masih tinggi berbanding web seupamanya di Malaysia.

Dengan ini, TRWC mengambil inisiatif mengajak peminat portal TRWC dan seluruh masyarakat berkongsi hit yang dicapai oleh TRWC secara percuma bagi merancakkan web-web peribadi anda mahupun bisnes anda semua dengan meletakkan pautan web anda di web theredwarriors.com (http://www.theredwarriors.com/v2/index.php?option=com_linx&Itemid=23).

Web atau laman sesawang seperti juga laman sesawang labah-labah yang sebenar, lagi banyak yang berpaut diantara satu sama lain, lagi banyak kawasan atau saluran dapat dihebahkan atau disebarkan antara satu sama lain. Ianya berbeza dengan realiti dunia sebenar yang kebanyakan manusia tidak suka berkongsi atau berpaut di antara satu sama lain. Sekiranya kita mengkaji kejayaan masyarakat yang berjaya di seluruh dunia adalah kerana perkongsian.

TRWC berterima kasih diatas sokongan semua dalam membantu kejayaan portal rasmi KAFA ini.

Kepada sesiapa yang berminat bolehlah emailkan Nama Web & Link Web, Nama Syarikat/Individu, Kategori (boleh rujuk pada link diatas), No Tel, Email dan info web/bisnes anda pada info@theredwarriors.com Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya .

Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular