KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 27 Ogos 2010

Pasukan Pilihan Untuk Perlawanan Persahabatan

emel

Kelantan telah sedia mengadakan 3 perlawanan persahabatan dengan 2 lagi pasukan yang melayakkan diri ke gelanggang Piala Malaysia iaitu T-Team dan Felda United. Ketua jurulatih B.Sathianathan yakin pemain akan menunjukkan prestasi terbaik dalam ketiga-tiga siri perlawanan ini bagi memastikan prestasi mereka dapat dinilai dengan baik oleh beliau sebelum membuat keputusan memilih kesebelasan utama perlawanan Negeri Sembilan.

Bagi Presiden KAFA ketika diajukan berkenaan pemain pinjaman, beliau hanya mampu tersenyum dan memberitahu semua pemain The Red Warriors berada dalam prestasi yang tidak mampu dibandingkan dengan pemain lain lagi, beliau yakin pemain The Red Warriors mampu membuktikan sesuatu yang diluar jangkaan pada saingan liga Malaysia tahun ini. The Red Warriors akan sentiasa bersedia dan berwaspada walaupun Negeri Sembilan selaku pencabar utama kerap tewas dalam perlawanan persahabatan mereka.

Iltizam dan keyakinan semua pemain amat diharapkan oleh seluruh penyokong The Red Warriors, ramai penyokong berharap pasukan kesayangan mampu menunjukkan kehebatan dan mampu mencapai kejayaan ke perlawanan akhir piala Malaysia sekali lagi tahun ini seterusnya berarak bersama piala Malaysia ke seluruh Kelantan. Melalui kaji selidik yang dijalankan para penyokong meletakkan sasaran tertinggi untuk pasukan merangkul piala Malaysia hanya sekitar 70% sahaja dan 30% lagi kurang yakin serta tidak pasti. Walaupun apapun sasaran penyokong, perlawanan masih belum bermula masih ada lagi peluang kepada seluruh penyokong selaku pemain ke 12 bersama-sama turun ke stadium memberi sorakan padu dan memberi semangat kejantanan kepada kesebelasan pemain beraksi hingga wisel penamat. Hanya penyokong yang hipokrit sahaja yang sering meramalkan dan merendahkan martabat pasukan sebelum perlawanan piala Malaysia menutup tirai.

Ayuh bangkitlah penyokong sejati The Red Warriors usah pedulikan mereka yang memandang sinis kemampuan pasukan kesayangan kita. Pastikan semua stadium akan digegarkan dengan teriakan padu "Gomo Kelate Gomo" bukan dentuman letupan padu si Mercun yang mungkin akan membahayakan penyokong lain. Jadikan iktibar kecederaan mangsa mercun sebagai panduan pada seluruh penyokong Kelantan, mungkin anda tidak ambil kisah diri anda tercedera kerana mercun tetapi ribuan penyokong lain ambil kisah mengelakkan diri dan famili mereka tercedera daripada angkara mercun....Tiada kompromi sekiranya anda ditangkap.......Gomo Kelate Gomo....

Kelantan vs UiTM
Stadium Sultan Muhamad Ke-4, Kota Bharu.
29/8/2010 Ahad 10.30 Malam
T-Team vs Kelantan
Stadium Sultan Ismail Nashirudin Shah, Kuala Terengganu.
3/9/2010 Jumaat
Kelantan vs Felda United
Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu.
5/9/2010 Ahad

Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular