KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Isnin, 16 Ogos 2010

Menjengah Skuad Jang di Negeri Sembilan

emel

Semasa berurusan di Seremban semalam, Negeri Sembilan, sempat menjengah persiapan skuad jang yang sedang berlatih seperti biasa walaupun puasa. Dalam sessi memerhati,dapat juga menegur beberapa pemain simpanan di luar padang yang menyatakan tekad skuad Jang akan bangkit daripada 2 kekalahan TM liga super lepas di tangan skuad kijang dalam pertarungan piala Malaysia 14 September nanti.

Malah mereka yakin skuad Hobin Jang Hobin sudah pulih daripada kelemahan yang dilalui sebelum ini dan akan menjadikan piala Malaysia sebagai episod baru kebangkitan skuad mereka. Saya dengan selamba dan menyamar sebagai bukan orang Kelantan, banyaklah luahan yang diberikan oleh mereka yang begitu gerun apabila bertandang ke Kota Bharu nanti kerana sikap dan semangat fanatik penyokong Kelantan yang begitu setia dan ramai memberi sokongan padu di stadium yang digelar mereka stadium "berhantu".

Malah mereka pasti penyokong Negeri Sembilan takut untuk datang ke Kota Bharu, sungguhpun mereka sendiri yakin sikap penyokong Kelantan sekarang sudah profesional. Peristiwa hitam di Kota Bharu tahun lepas masih lagi menghantui para pemain dan penyokong Negeri Sembilan. Ketika ditanya kenapa meminjam pemain Pos Malaysia, mereka hanya menjawab bagi menggantikan jentera yang dianggap sudah lemah selain memantapkan barisan yang ada.

Konsistensi prestasi pasukan Kelantan cukup mengusarkan mereka sungguhpun pasukan Kelantan sekarang tidak bersama jurulatihnya di Timur Tengah. Jaminan Presiden KAFA dan Kelantan akan menjadikan piala Malaysia ini medan menebus segala kegagalan mengutip piala tahun ini dengan meletakkan pasukan sebagai pasukan "underdog" serta kedudukan tangga kedua kumpulan sebagai sasaran seterusnya mengapai impian yang terlebur tahun lepas pada tahun ini.

Jika dianalisis perlawanan Kelantan dengan Negeri Sembilan september nanti, kelebihan prestasi memihak kepada Kelantan dengan jaringan 6 gol untuk 2 kemenangan di liga super, namun Kelantan perlu berwaspada dengan skuad Wan Jamak ini yang sudah pasti akan mempamerkan keajaiban di piala Malaysia ini. Harapan peminat Kelantan kepada skuad kesayangannya supaya lebih banyak jaringan dan kemenangan diperolehi bebanding TM Liga Super yang sering berkesudahan seri. Sokongan padu penyokong The Red Warriors akan menggegarkan stadium di mana jua pertarungan diadakan. Penyokong setia The Red Warriors di lembah Klang, Selangor dan Negeri Sembilan sudah mengatur rancangan menyerang stadium-stadium utama yang bakal dikunjungi Kelantan disamping menghimpun konvoi beramai-ramai.

Sikap penyokong Kelantan yang masih sukar berkerjasama diantara satu sama lain dalam mengatur rancangan amat dikesali dan pihak KAFA menyeru supaya sempena puasa dan raya yang sudah menjelma ketika perlawanan-perlawanan ini nanti dijadikan titik noktah untuk perselisihan yang lepas. Biar kita banyak kelab tetapi jangan terlampau berpuak, sedangkan apa yang disokong dan datang dari negeri yang satu bumi bertuah Kelantan.

Ikuti sessi liputan dan analisis kami bersama pasukan Kumpulan A yang lain.

Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular