KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Selasa, 31 Ogos 2010

1 Malaysia Menjana Transformasi

emel

Salam Ramadhan, Salam Merdeka untuk semua peminat The Red Warriors seluruh dunia. Merdeka! Merdeka! Merdeka! laungan yang penuh memori kesedihan, kejayaan dan kegemilangan lampau. Kini pengertiannya masih sama cuma hampir luntur dari hati nurani rakyat di Malaysia tetapi dihati peminat The Red Warriors sentiasa utuh meneraju semangat kenegerian dan semangat cintakan asal usul bangsa, budaya dan jati diri.

Aku bangga menjadi rakyat Kelantan yang masih kekal dengan budaya dan jati diri. Aku masih cintakan bolasepak negeriku. Aku meriahkan dan penuhkan stadium yang melibatkan pasukan kesayanganku. Semangat dan cintaku pada pasukanku sepanjang zaman tanpa menghiraukan kekalahan, kemenangan mahupun seri. Merdeka bagiku kini bebaskan diriku dan bangsaku daripada terlalu mengagungkan idealisme dan material luar tanahairku. Aku minat liga eropah tetapi aku juga menyokong penuh liga bolasepak negaraku. Pedulikan orang negeri luar Kelantan memandang rendah kerana aku tahu jiwa rakyat negeriku sentiasa sebati jati dirinya dan kenal asal usulnya.

Jiwaku bangga mengenggam kemas Jalur Gemilang dan bendera Kelantanku. Setiap sudut dan ruang yang disayangi akan ku pastikan terlekat logo negeriku. Jiwaku pada agamaku, Jiwaku pada makananku, jiwaku pada seniku, jiwaku pada bolasepak ku.............Aku akan pastikan bangsaku sentiasa kagum dan cinta pada sifat kenegeriannya...............Sehari ku melangkah, setahun kurindukan negeriku......AKAN KU PASTIKAN 1 THE RED WARRRIORS MENJANA TRANSFORMASI BOLASEPAK NEGARAKU...........SELAMAT HARI MERDEKA KE 53.....

Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular