KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 27 Ogos 2010

Sentiasa DiBelakang Tan Sri Annuar

emel

Mengikuti liputan media semasa dengan jelas menampakkan serangan isu ke atas Tan Sri Annuar walaupun isu yang dibangkit dan dilawan bukannya datang daripada luahan Tan Sri Annuar. Isu yang dipaparkan datang daripada wartawan pencinta bolasepak sejati yang menghidu isu ini untuk disensasikan.

Sebelum menghadiri mesyuarat FAM isnin lepas, TRWC sendiri pada malam ahad lepas diberitahu oleh Tan Sri Annuar dirumahnya, Tan Sri akur dengan sebarang keputusan dan perlantikan. Dengan ini TRWC yakin isu ini tidak perlu disensasikan sehingga sudah mula timbul kemarahan dikalangan penyokong The Red Warriors yang sentiasa yakin dengan kewibawaan Tan Sri dalam memimpin kemajuan bolasepak Malaysia. Namun ramai penyokong yakin Tan Sri hanya mampu memimpin pasukan Kelantan kerana kuasa ditangannya 100% berbanding jawatan di FAM yang hanya 20% sahaja. Apa yang mampu dilakukan dengan kuasa hanya 20% sahaja? soal salah seorang Blogger bebas pada TRWC.

Menjeling pada liputan pendek berita sukan Buletin Utama TV3 tadi telah mampu memberi pelbagai tafsiran dan tanggapan masyarakat pada FAM mahupun Tan Sri Annuar. Dengan tajuk "tagline" berita tadi "Tan Sri Annuar Musa tidak Puas Hati" dan sedikit komen daripada Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah selaku Timbalan Presiden FAM yang menitahkan Tan Sri Annuar sepatutnya akur, sudah jelas dapat merungkaikan pelbagai persepsi pada pengurusan baru FAM.

Apa yang pasti kejayaan Tan Sri Annuar memimpin pasukan bolasepak Kelantan akan sentiasa menjadi rujukan pencinta bolasepak tanahair berbanding pihak yang mengkritik Tan Sri Annuar yang sentiasa bermasalah dan masih tercari-cari ramuan kejayaan dalam pengurusan. Seluruh penyokong Kelantan akan sentiasa memberi sokongan dan sanggup berkorban demi mempertahankan imej Tan Sri dan bolasepak Malaysia.

Sidang akhbar Tan Sri Annuar Musa Ahad ini akan menjawab segala permasalahan yang berbangkit. Oleh itu semua pihak disarankan menghentikan sebarang spekulasi mahupun memanipulasi isu-isu yang berkaitan sehingga menjejas imej Tan Sri Annuar Musa dan FAM.

KAMI SENTIASA BERADA BELAKANG KEPIMPINAN TAN SRI ANNUAR MUSA SEBAGAIMANA DIBANGKITKANNYA SEBUAH KEJAYAAN DARIPADA KEGAGALAN BOLASEPAK KELANTAN. GOMO KELATE GOMO

Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular