KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Sabtu, 21 Ogos 2010

Tiket Piala Malaysia Kelantan VS Negeri Sembilan 14 Sep. Habis?

emel

Beliau menjelaskan tiket yang mula dikutip sekarang hanyalah atas kapasiti kelab penyokong sahaja yang terhad kepada jumlah permintaan ahli kelab penyokong sahaja. Oleh itu beliau berharap semua pihak tidak perlu risau, jumlah tiket masih ada seperti biasa. Beliau juga menyifatkan musim piala Malaysia ini akan lebih ramai penyokong kerana Kelantan berada dalam kelompok pasukan yang mencabar dan ini mungkin menyebabkan peminat mula tidak sabar menyaksikan setiap perlawanan Kelantan.

Berita baik untuk semua ahli eksklusif dan pengunjung portal TRWC, TRWC telah menempah 100 keping tiket untuk dijual terus kepada ahli dan penyokong yang berminat mendapatkannya awal sila hubungi saudara Izuan 0123067879 atau emailkan kepada izuan@theredwarriors.com Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya butiran nama, telefon dan alamat. Tempahan berdasarkan ahli berserta bayaran akan didahulukan dan bagi bukan ahli tempahan boleh dibuat dengan siapa bayar dulu dia dapat.

14 September masih dalam cuti raya, dengan ini pihak KAFA menyeru semua peminat agar tidak panik menghubungi mana-mana staf untuk mendapatkan tiket kerana tiket belum lagi dijual, yang dijual hanya atas kapasiti kelab penyokong sahaja. Apa yang penting pastikan perjalanan pulang nanti Selamat pulang dan Selamat Kembali. Berhati-hati di jalan raya. Salam Ramadhan. Terima Kasih.

Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular