KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 20 Ogos 2010

Alhamdullilah Selamat Tiba

emel

Syukur Alhamdullilah semua jemaah The Red Warriors tiba di Kota Bharu dengan selamat dan baik. Sebelum berlepas ke Kota Bharu jemaah ini tiba di KLIA dari Kaherah pada pukul 4.30 petang dan disambut oleh Kelab TRWC KLIA dari pintu pesawat lagi bagi memastikan urusan ketibaan YBhg Tan Sri Annuar Musa, YB Abdul Fatah, Dato' Affendi, En Azman dan jemaah lain berjalan lancar . Bersama rombongan umrah The Red Warriors dalam pesawat ini terdapat rombongan GAZA yang diketuai Dato' Azeez dan juga dutanya artis Fauziah Latif turut menanti ketibaan ialah Hattan.

Tersenyum melihat semua jemaah The Red Warriors berkepala botak. Segala urusan barangan berjalan lancar setelah dibantu saudara Izani (ahli TRWC KLIA) yang mendapatkan kerjasama pihak MAS untuk membenarkan semua barangan jemaah dibenarkan melebihi had biasa yang dibenarkan 20 kilogram kepada 35 kilogram kerana kebanyakan barangan yang dibawa para pemain dan jemaah umrah yang melebihi 20kg. Tan Sri Annuar amat terharu dan berterima kasih kepada semua ahli TRWC KLIA yang membantu urusan jemaah The Red Warriors ini dan beliau menghulurkan sedikit cenderamata daripada Mekah kepada ahli TRWC yang membantu.

Hidangan nasi kerabu menjadi pilihan kami untuk dihidangkan bagi semua jemaah berbuka puasa di KLIA. Alhamdullilah semua hidangan makanan dan minuman telah disediakan dengan jayanya tanpa gangguan kerana tempat duduk di Food Garden aras 2 KLIA juga telah ditempah. Alhamdullilah urusan berbuka puasa semua jemaah berjalan lancar.

Inilah antara rentetan ketibaan jemaah umrah bersama kelab TRWC KLIA. Sekalung penghargaan kepada semua ahli TRWC KLIA yang terlibat dan syukur Alhamdullilah semuanya selamat tiba di Kota Bharu.

Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular