KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 27 Ogos 2010

Kelantan, Negeri Sembilan Berdepan Laluan Sukar.

emel
Saingan Piala Malaysia 2010 akan bermula tidak kurang sebulan sahaja lagi dengan kesemua pasukan bertanding sudah melakukan persiapan terakhir untuk menyertai kejohanan terbesar tersebut.
Berdasarkan undian yang dilakukan, dua finalis 2009, Kelantan serta Negeri Sembilan terpaksa berentap awal dalam kumpulan A bersama-sama dengan KL Plus dan PKNS Fc bagi merebut dua tempat ke peringkat suku akhir.
Imbas kembali: Rezal Zambery, Indra Putra, Wan Jamak dan B. Sathianathan
sebelum sepak mula Final Piala Malaysia 2009.
Jika melepasi peringkat kumpulan A, dua pasukan ini dijadualkan melawan pesaing dari kumpulan D yang dianggotai Selangor, Felda United, T-Team dan Perlis.
Selaku antara pasukan pilihan, tugas getir dihadapi Sang Kijang dan Negeri Sembilan kerana andaikata melepasi peringkat kumpulan mereka akan menghadapi laluan sukar pada saingan kalah mati.
Selangor dalam kumpulan D dijangka tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan satu slot ke peringkat seterusnya manakala satu tempat lagi mungkin menjadi rebutan juara baru Liga Perdana, Felda United dengan dua pasukan pertengahan Liga Super, T-Team dan Perlis.
Selangor pasti tekad untuk merampas Piala Malaysia selepas mengungguli Liga Super. Justeru itu, pertembungan sama ada melawan Kelantan atau Negeri Sembilan pada suku akhir amat dinanti-nantikan.
Malah dikhabarkan dengan nada angkuh penolong pengurus Selangor, P. Maniam, pasukan mereka tidak gentar dengan ancaman Kelantan dan Negeri Sembilan pada saingan suku akhir nanti.
Walaupun begitu, saingan masih lagi jauh dimana peringkat kumpulan belum dimulakan. Setiap pasukan bebas untuk berbicara namun mereka perlu sedar, dalam bola sepak ia sebenarnya tidak melambangkan apa-apa seandainya 22 pemain belum turun berentap merebut penghormatan selaku pemenang mutlak.
Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular