KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Sabtu, 7 Ogos 2010

Berilah Peluang

emel

Polemik yang cuba dimainkan oleh bekas Naib Presiden FAM sekarang seolah-olah menggambarkan kurangnya keyakinan beliau kepada barisan pimpinan FAM yang baru. Sikap cepat menghukum sebelum diberi peluang ini dilihat sebagai satu sikap yang boleh melemahkan semangat barisan pimpinan seterusnya boleh mempengaruhi masyarakat luar memperlekehkan barisan pimipinan FAM baru.

Sepatutnya beliau perlu memberi peluang kepada barisan pimpinan yang baru membuktikannya dengan meletakkan tempoh setahun sebagai indeks penilaian kualiti pimpinan ini dan bukan terus menghukumnya di media massa. Jika tempoh 4 tahun yang disandangnya dulu penuh kritikan dan kemerosotan ranking bolasepak Malaysia di persada dunia, maka berilah masa 1-2 tahun pada kepimpinan baru membuktikan peningkatannya.

Melalui pengalaman bersama Tan Sri Annuar Timbalan Presiden FAM baru, sikap beliau senang didekati dan menerima kritikan terus daripada peminat, ini membuatkan pasukan yang dipimpin beliau lebih berjaya dan meriah daripada pasukan bolasepak negeri lain. Dengan sikap inilah beliau akan membantu FAM supaya lebih terbuka dan berdaya maju. Niat yang ikhlas dan tulus beliau dalam memimpin pasukan bolasepak Kelantan telah menjadikan beliau pemimpin yang dihormati oleh segenap lapisan masyarakat tanpa mengira fahaman politik mahupun agama.

FAM tidak pernah meletakkan sebarang syarat khas berkaitan jawatan yang banyak malah FAM hari ini perlu mengikut peraturan baru yang disyaratkan oleh FIFA supaya setiap hal ehwal semasa dan keputusan pengurusan tidak boleh dipengaruhi individu luar FAM, sekiranya berlaku campurtangan luar FIFA selaku badan bolasepak dunia tidak teragak-agak akan menggantung FAM. Inilah peraturan utama yang perlu diikutkan bukan mengada-adakan peraturan baru.

Oleh itu sama-sama kita memberi peluang kepada barisan baru FAM daripada memandang sinis kemampuannya. Maju Bolasepak Untuk Negara.

Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular