KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Sabtu, 7 Ogos 2010

Hujan VS Kekecewaan

emel

Ramai peminat The Red Warriors memberi respon ke meja editor TRWC diatas kemerosotan kehadiran penyokong Kelantan dan persembahan hambar pasukan The Red Warriors.

Antaranya:

  • "Kita kena hayati perlawanan Kelantan Lawan T-Team, permainan yang teruk dan penyokongnya juga kurang. Fikir-fikirlah pada mereka yang patut. Jangan kerana jawatan dan populariti pasukan Kelantan sekarang akan merudum pada tahun-tahun mendatang....." Jiwa Kelate, Lumut Perak
  • "Sudahlah permulaan musim bertemu T-Team dulu seri dan mengecewakan, sepatutnya perlawanan akhir ini mengembirakan dan menghadiahkan kemenangan kepada peminat yang turut kecewa apabila hadiah cabutan bonanza hanya dimenangi mereka yang berada di astaka sahaja" EC dari Sepang Selangor.
  • "Biasanya hujan pun orang kito akan datang ke stadium tetapi malam ini tak tahu kenapa" Mat Ju dari Wakaf Bunut Kota Bharu.

Hanya 3 keluhan ini dianggap lebih elok disiarkan daripada 6 keluhan lain yang dianggap terlalu keras dan bermotifkan politik.

Wan Badhri selaku pegawai media KAFA ketika menjelaskan perkara ini memberitahu pasukan Kelantan telah beusaha upaya untuk memastikan kemenangan tetapi apakan daya kepenatan ketika mengharungi perjalanan jauh dari Johor Bahru masih belum hilang, para pemain dilihat bermain secara tenang dan tidak terlalu agresif seperti biasa serta bernasib baik pasukan ini mampu seri. Mengenai kemerosotan kehadiran penyokong beliau menjelaskan hujan dan saingan perebutan liga sudah tiada kehangatan antara sebab lain peminat kurang berminat ke stadium.

Sekiranya sikap tidak dapat menerima hakikat pasukan Kelantan hanya layak dinobatkan Naib Juara menyebabkan para penyokong mengambil keputusan untuk tidak ke stadium selasa lepas dijadikan alasan, maka ianya suatu alasan yang sukar diterima oleh penyokong setia bolasepak Kelantan lain kerana kedudukan Kelantan sekarang sudah mampu mencipta sejarah baru bolasepak Kelantan sejak liga super atau liga malaysia diperkenalkan, Kelantan tidak pernah dinobatkan sebarang naib juara liga. Oleh itu sepatutnya semua pihak akur dan menghargai kejayaan ini kerana kejayaan ini diletakkan bersama kejayaan Kelantan membina sebuah pasukan yang mantap dan konsisten.

Sokonglah pasukan kesayangan sepanjang masa kerana pasukan kita membawa imej kita dan negeri kesayangan kita di mata masyarakat dalam negara dan luar negara. Sokongan kita bukan hanya ketika menang, sokongan ketika tewas mahupun seri. Gomo Kelate Gomo...Gomo sampai juara Piala Malaysia Pulok!!!

Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular