KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 5 Ogos 2010

Skuad Kelantan Dapat Habuan.



Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Pihak pengurusan dan pemain Red Warriors mendapat habuan lumayan setelah meraih gelaran tempat kedua saingan Liga Super untuk musim 2010.

Kejayaan menamatkan saingan dalam kelompok atasan kejohanan tertinggi di Malaysia memberikan laba lumayan kepada semua pihak yang berada dalam skuad Kijang.

Lebih manis, sambutan menjadi naib johan dilakukan dihadapan ribuan penyokong setia di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu serta disaksikan seluruh rakyat Kelantan yang berada di pelosok negara yang menyaksikannya secara langsung di televisyen.

Selaku naib johan, Kelantan menerima replika cek RM300000 dan medal disampaikan Timbalan Presiden FAM merangkap Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa kepada ketua pasukan, Indra Putra Mahayuddin.

Walaupun begitu, hasrat Kelantan untuk meraikan kejayaan tersebut dengan nota kemenangan gagal direalisasikan setelah terikat tanpa jaringan dengan T-Team Fc.

Ketumpulan jentera serangan serta faktor keletihan menjadi punca mengapa Kelantan gagal mengutip mata penuh.

Perlawanan terakhir ini tidak memberi sebarang makna buat Kelantan setelah kedudukan mereka di tangga kedua tidak terancam namun tidak buat T-Team kerana mereka bertungkus lumus untuk menyelamatkan kedudukan di tangga kelima.

Dengan keputusan seri, T-Team tersungkur ke tangga keenam liga setelah Kedah memintas di saat akhir apabila garang menundukkan juara bertahan, Selangor di Alor Setar.Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular