KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 5 Ogos 2010

Kelantan, T-Team Seri


Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Perlawanan terakhir Liga Super 2010 diantara Kelantan dan T-Team berkesudahan seri 0-0 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.
Walaupun beraksi di hadapan penyokong sendiri, Kelantan gagal dalam misi untuk mengutip mata penuh.
Babak pertama perlawanan, Kelantan memulakan serangan awal untuk mendapatkan gol. Percubaan pertama hadir pada minit ke-7 hasil sepakan percuma Indra Putra Mahayuddin.
Dua minit kemudian, Khairan Eroza melakukan rembatan dari jarak jauh namun Shamsuri Mustapha lebih bersedia mendakap kemas bola tersebut.
Akmal Rizal pula hanya mampu menyepak angin hantaran silang Farisham Ismail walaupun berkedudukan baik menyepak masuk ketika tidak dicabar pemain pertahanan T-Team minit ke-11.
T-Team yang sering diasak mula memperkemaskan corak permainan mereka dan hasilnya satu percubaan berjaya dilakukan Haris Safwan Kamal namun Khairul Fahmi Che Mat bertindak pantas menangkap kemas pada minit ke-20.
Minit ke-25, Indra Putra kecewa apabila percubaan lambung dari luar kotak sedikit keluar walaupun penjaga gol T-Team sudah berada luar pada garisan gol.
Selang lima minit kemudian, pemain sayap T-Team, Badrul Hisyam melakukan gerakan menarik memperdayakan Farisham Ismail namun hantaran kedalam kotak gagal disambar Abdul Hadi Yahya.
Indra Putra sekali lagi kecewa apabila sepakan percuma dari sebelah kanan berjaya ditepis Shamsuri dan percubaan Khairan seminit kemudian melambung tinggi.
T-Team hampir didepan pada minit ke-43 namun cubaan Mohd Kamal Rodiarjat gagal menembusi pintu gol kawalan Khairul Fahmi.
Bersambung babak kedua, T-Team bagaikan mendapat suntikan semangat apabila melakukan asakan bertali arus untuk mencari gol pendahuluan.
Bermula dengan sepakan 'half volley' Badrul Hisyam sedikit keluar pada minit ke-46, percubaan Haris Safwan seminit selepas itu dari luar kotak penalti diselamatkan Khairul Fahmi Che Mat.
Haris sekali lagi mengecewakan kem mereka pada minit ke-49 apabila cubaan satu sama satu gagal digunakan setelah hanya menyepak lemah kepada penjaga gol Kelantan.
Minit ke-53, Haris Safwan terus mengsiakan peluang terhidang didepan pintu gol Kelantan apabila hanya menyepak keluar ketika tidak dicabar.
Menyedari diasak hebat, B. Sathianathan melakukan pertukaran memasukkan Badri Radzi dan Zairul Fitree Ishak. Melalui pemain yang baru dimasukkan ini beliau meminta anak didiknya melakukan sesuatu.
Dengan percubaan Hairudin diselamatkan diatas garisan oleh Subri Sulong diatas garisan gol pada minit ke-58, tandukan Akmal Rizal pula melepasi palang gol pada minit ke-60.
Badri Radzi pula menyaksikan sepakan dari jarak dekat meliar atas palang gol pada minit ke-61,
Manakala tandukan sipi Indra Putra hasil sepakan sudut Badri gagal disambung pemain Kelantan didepan gol T-Team pada minit ke-68.
T-Team tidak terlepas peluang melakukan percubaan tepat apabila sepakan dari jarak 35 meter Harizul Izuan memaksa Khairul Fahmi melayangkan badan menepis percubaan tersebut minit ke-70.
Kelantan dianugerahkan satu sepakan percuma pada minit ke-74 selepas Nidzad Ayub dikasari dan sepakan lencong Badri Radzi hanya mengenai palang gol sebelum keluar dari kawasan perlawanan.
Empat minit selepas itu, tandukan bebas Badri Radzi diselamatkan Shamsuri Mustapha.
Minit ke-80, cubaan Haris Safwan meliar dan tandukan Abdul Hadi Yahya dari luar kotak penalti selepas Khairul Fahmi tidak berada di posisinya sedikit melepasi palang gol.
Seminit sebelum perlawanan berakhir, Nidzad Ayub hampir mencetak namanya dalam senarai penjaring setelah cubaan awal Indra Putra ditepis Shamsuri kekakinya namun peluang itu gagal sama sekali digunakan penyerang muda itu apabila dia hanya mampu menyepak leret kepada penjaga gol T-Team.
Tambahan masa dua minit Kelantan mengandakan asakan untuk mencari gol tetapi benteng T-Team kental bertahan sebelum pengadil perlawanan, Nagor Amir Noor Mohd membunyikan wisel penamat.
Dua kad kuning dilayangkan Nagor Amir kepada pemain T-Team iaitu Shahrul Ezrain dan Rosdi Talib.
Kelantan: B. Sathianathan.
Khairul Fahmi Che Mat, Azizi Mat Rose, Khairan Eroza (Badri Radzi), Farisham Ismail, Rizal Fahmi Rosid (Zairul Fitree Ishak), Shakir Shaari, Daudsu Jamaludin, Norfarhan Mohamed, Akmal Rizal, Hairudin Omar, Indra Putra Mahayuddin (c).
T-Team FC: Che Ku Marzuki.
Shamsuri Mustapha, Nor fazly Alias (Hasbullah Awang), Subri Sulong, Badrul Hisyam (Shamsul Kamal Mohamad), Mohd Kamal Rodiarjat, Shahrul Ezrain (Shahlan Alias), Abdul Hadi Yahya, Harizul Izuan, Mohd Nur Alif, Rosdi Talib (c), Mohamad Haris Safwan.
Percubaan
Kelantan (14) (9) T-Team
Kad kuning
Kelantan (0) (2) T-Team
Kad merah
Tiada
Penguasaan bola
Kelantan (55%) (45%) T-Team
Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular