KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Isnin, 30 Ogos 2010

TRWC KLIA Konvoi & Berbuka Bersama Anak Yatim

"Syukur Alhamdullilah, kami tidak menyangka mendapat sambutan yang sungguh meriah berserta selawat oleh kumpulan anak-anak yatim yang menerima kunjungan kami" jelas Saudara Ezanuddin dengan nada ceria. Semalam TRWC KLIA telah mengadakan konvoi dari Masjid KLIA ke KLCC, Kemudian ke Dataran Merdeka seterusnya ke Putrajaya untuk bersolat asar di Masjid Sultan Mizan, selepas solat menyambung kembali konvoi ke Dengkil dan menamatkan konvoi di Rumah Amal Anak-anak Yatim (YPIN) Sungai Manggis Kuala Langat Selangor.

Program yang julung kali diadakan ini mendapat sambutan lebih 35 buah kereta. Ramai peserta merasakan kegembiraan mereka kerana dapat beraktiviti sambil beramal. Sungguhpun TRWC KLIA terdiri daripada peminat bolasepak Kelantan,matlamat untuk menabur bakti di negeri orang tetap diteruskan kerana ianya selaras dengan visi dan matlamat asal penubuhan TRWC KLIA yang sedia berkhidmat pada masyarakat tanpa menghiraukan asal dan semangat Kelantan.

Semasa berbuka puasa, semua ahli kelab berkongsi kegembiraan bersama anak-anak yatim yang begitu teruja dengan kehadiran mereka. Selain berbuka puasa kumpulan konvoi ini juga bersama anak-anak yatim menunaikan solat berjemaah maghrib, isyak dan sunat terawi beramai-ramai.

Diharap ramai lagi kelab-kelab dari Kelantan yang ditubuhkan di luar Kelantan berani mengadakan usaha-usaha murni seperti yang dilakukan TRWC KLIA. Bagi memberi gambaran jelas pada masyarakat luar peminat bolasepak Kelantan bukan semuanya buruk seperti digambarkan malah sudah ada yang berani tampil bersama-sama masyarakat luar Kelantan mengimarahkan kesucian bulan ramadhan dan semoga usaha ini kekal berterusan.

TRWC KLIA mengucapkan jutaan terima kasih tak terhingga kepada semua ahli konvoi dan pihak daripada Rumah Amal Anak-anak Yatim (YPIN) yang telah memberi kerjasama yang terbaik dalam menjayakan program ini. InsyaAllah sekiranya diberi kemampuan dan kesempatan TRWC KLIA akan berusaha memperbanyakkan lagi aktiviti bersama masyarakat.

LEPAK SEJENAK SAMBIL TUNGGU TEAM KONVOI

BARISAN SAMBUTAN KEHADIRAN TRWC KLIA

BERBUKA PUASA BERSAMA

BELANJA ANAK-ANAK YATIM KFC

TERAWIH BERSAMA

SUMBANGAN HADIAH

SUMBANGAN SEDIKIT WANG TUNAI

Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular