KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Sabtu, 28 Ogos 2010

Annuar tak kecil hati



pix_gal0

Anggap cabaran besar bangun bola sepak wanita

TIMBALAN Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baru, Tan Sri Annuar Musa (gambar) menolak tanggapan bahawa dia berkecil hati dengan dua jawatankuasa tetap dianggap kurang menonjol yang ditawarkan kepadanya, sebaliknya menganggapnya ia satu cabaran besar untuk membangunkan bola sepak wanita dan mengkomersilkan liga tempatan.

Sambil mengakui jawatankuasa bola sepak wanita tiada tarikan ‘glamour’ dan menyedari tugas sukar menghidupkan Malaysia Super League Bhd (MSL) yang dilihat kian lesu, Annuar menerima tanggungjawab berat itu berdasarkan pengalamannya mengubah wajah Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) daripada persatuan daif kepada model kejayaan sejak dua tahun lalu.

“Saya mengakui jawatankuasa bola sepak wanita tidaklah glamour, tetapi suatu ketika dulu jawatan presiden bola sepak KAFA pun dilihat tidak glamour,” kata Annuar pada sidang media di kediamannya di Bukit Damansara, bagi menjelaskan kedudukannya selepas pengumuman jawatankuasa FAM Isnin lalu.

“Ketika itu, pada peringkat awal belum lagi nampak kejayaan. Terus terang kedua-dua jawatankuasa itu memang lemah kerana belum memiliki asas.

“Pelantikan saya sebagai pengerusi jawatankuasa MSL adalah tanggungjawab yang sangat berat. Bukan saja saya perlu menjana dana tetapi juga perlu memasarkan produk supaya lebih menarik kepada penaja.

“Saya akan mencadangkan kepada FAM supaya melakukan transformasi berkesan bagi menjadikan liga ini tarikan kepada pasukan dan pemain Asia lain, supaya tidak terus berada di bawah bayangan dominasi Korea dan Jepun,” katanya.
Untuk menjadikan rancangannya sebagai realiti, Annuar perlu membuat rombakan kepada liga yang mengharamkan pengambilan pemain import sejak dua musim lalu dengan bekas Menteri Belia dan Sukan itu akan mengambil kira segala pandangan daripada kesemua 15 ahli jawatankuasa eksekutif sebelum membuat sebarang pembaharuan.

Selain pengerusi jawatankuasa bola sepak wanita dan MSL, Annuar juga dipertanggungjawabkan mengetuai jawatankuasa kecil pasukan bola sepak kebangsaan senior dengan pengerusinya, Sultan Ahmad Shah mahu menumpukan terhadap pasukan pelapis Bawah 23, Harimau Muda A (B-21) dan Harimau Muda B (B-19).

Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular