KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Sabtu, 30 April 2011

Prebiu Perlawanan Liga Super
Kelantan mln Kuala Lumpur

RedsFC
RedsFCNews@gmail.com

Kelantan berpeluang memintas kedudukan Selangor dan Terengganu dalam carta teratas Liga Super 2011 apabila melayan kunjungan Kuala Lumpur di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam ini.

Pertemuan dengan Kuala Lumpur harus diakhiri dengan nota kemenangan kerana ia mengembalikan semula keyakinan pemain dan penyokong yang sedikit jatuh selepas rentetan keputusan tidak memihak kepada mereka.

Jika sebelum ini aksi pemain Kelantan kerap dipertikaikan ekoran keputusan negatif yang dicatatkan, mereka perlu terus mengekalkan momentum dengan tidak mengcicirkan mata melawan Kuala Lumpur dikala keputusan seri yang dicatatkan kedua-dua pasukan tersebut tentunya memberi laluan buat The Red Warriors untuk kembali menghuni tempat pertama.

Kuala Lumpur tidak dipertikaikan gagal menyerlah selepas bermula baik pada awal saingan tetapi rekod cemerlang ketika melawan pasukan atasan tidak boleh diambil remeh.

Kuala Lumpur sudah membuktikan beberapa pasukan atasan lain sudah merasai jerih untuk mencatatkan kemenangan keatas mereka. Lihat Selangor, mereka sudah merasai perit diikat tanpa jaringan oleh Kuala Lumpur di tempat sendiri walaupun pada ketika itu sedang garang mengembalikan reputasi yang tercalar.

Melihat pada catitan rekod perlawanan Kelantan dan Kuala Lumpur pada 2011, Sang Kijang menang 2-0 ketika skuad warga kota menjadi tuan rumah di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV. Pada tahun 2010, Kelantan menang kedua-dua perlawanan di Cheras dan juga Kota Bharu.

Namun, setiap perlawanan kekal berbeza dengan Kelantan dan Kuala Lumpur bakal bersaing untuk merebut tiga mata yang diperuntukkan. Ternyata kelebihan banyak berpihak buat tuan rumah namun Kuala Lumpur tentu akan hadir dengan satu tekad untuk mencuri satu mata dibawa pulang ke kandang mereka.

Aksi 90 minit menjadi penentu sama ada Kelantan mampu mencatatkan kemenangan untuk naik ke persada liga atau Kuala Lumpur pulang gembira catat pungutan mata di gelanggang Red Warriors..

RedsFC-News mengupas senarai kesebelasan jangkaan kedua-dua pasukan dan juga formasi yang bakal diterapkan dalam perlawanan malam nanti.

Formasi.

Kelantan dijangka menurunkan beberapa pemain simpanan melawan skuad warga kota yang ketika ini menghuni tempat ketiga tercorot Liga Super. Dijangka kekal menggunakan taktikal 4-4-2.


Kuala Lumpur pula seperti kebiasaan akan cuba hadir untuk mencari jaringan di arena lawan dan taktikal 4-4-2 yang diterapkan ketua jurulatih mereka, Razip Ismail dilihat serasi untuk cuba mencari keputusan positif di Kota Bharu.

Kesebelasan Pemain.

Kelantan


Posisi penjaga gol dikhabarkan akan berlaku perubahan dimana Khairul Fahmi dijangka akan direhatkan oleh Datuk M. Karathu untuk perlawanan malam ini. Shahrizan Ismail dijangka terpilih untuk diturunkan dalam kesebelasan pertama dengan Norhaidy menjadi penjaga gol simpanan. Halim Napi pula bersiap sedia menanti sama ada akan diletakkan selaku penjaga gol ketiga.


Jentera pertahanan tiada perubahan ketara dimana Farisham Ismail, Daudsu dan S. Subramaniam dijangka mengekalkan posisi masing-masing manakala Zairul Fitree belum pasti diturunkan andai ketua jurulatih mahukan satu perubahan dengan Aziz Ismail kemungkinan besar memulakan aksi di kesebelasan utama. Wan Rohaimi juga mungkin diturunkan selaku pemain simpanan.


Pemain tengah pula dijangkakan Danial Fadly akan mengetuai gerakan bersama dengan Shakir Shaari, Nurul Azwan Roya dan S. Chanturu. Solehin Kanasian masih lagi cedera dan Badri Radzi akan diletakkan di bangku simpanan. Andai ada satu perubahan taktikal ingin dilakukan, kemungkinan Badri masuk dalam kesebelasan pertama dan diletakkan selaku pembantu penyerang untuk membolosi gawang Kuala Lumpur. Khairan Ezuan dan Khairul Izuan Salahudin pula mungkin masuk selaku pemain gantian.


Jentera serangan terus mempertaruhkan penjaring terbanyak Liga Super ketika ini, Norshahrul Idlan Talaha selaku ketua pengempur kubu Kuala Lumpur. Jika formasi lima pemain tengah dikekalkan, kemungkinan Norshahrul akan bergandingan dengan Badri dan seandainya Karathu memilih formasi kebiasaan, Ramzul Zahini mungkin tersenarai dalam kesebelasan pertama dengan Nidzad dan Khalid memanaskan bangku simpanan.

Kuala Lumpur.


Posisi penjaga gol Kuala Lumpur kekal menjadi milik pemain yang berasal dari Johor, Norazlan Razali setelah pemain ini membuktikan kepada semua pengkritik sukan tanahair akan kredibiliti permainan walaupun beraksi dengan sebuah pasukan muda Lembah kota. Zahid Ahmad pula menjadi penjaga gol simpanan dibelakang Norazlan.


Jentera pertahanan mereka bakal diketuai Azlan Zainal, bekas pemain Kelantan yang menamatkan kontrak dengan Sang Kijang lebih awal selepas dilanda kecederaan pada dua musim lepas. Arman Fareez dan Ahmad Dashila dijangka mengekalkan posisi mereka dalam kesebelasan utama di bahagian pertahanan walaupun melakukan kesilapan menjaringkan gol sendiri ketika melawan Perak, beberapa hari lalu. Satu lagi tempat akan diisi oleh ketua pasukan, Sharom Abdul Kalam untuk memperkukuhkan jaringan pertahanan mereka.


Bahagian tengah Kuala Lumpur pula dijangka menurunkan Azwan Malek bersama dengan See Kok Luen, Khairul Annuar Shafie dan Mohd Shafiq Johari dalam kesebelasan pertama. Nazrin Nawi juga kemungkinan masuk dalam selaku pemain utama selepas mempamerkan persembahan cemerlang sejak akhir-akhir ini. Bahagian tengah Kuala Lumpur dijangka melakukan beberapa gerakan berbahaya kearah kubu pasukan Kelantan setelah terbukti posisi ini seringkali membantu pelawat melakukan jaringan gol. Mereka turut mempunyai pemain laju untuk melakukan serangan balas.


Tugasan pengempur Kuala Lumpur dijangka diberikan kepada Ahmad Hazwan Bakri dan juga Mohd Afiq Azmi selepas dua pemain ini membantu Kuala Lumpur menjaringkan lima gol dalam empat perlawanan terakhir. Fahruzahar Azmi dan Badrul Hisyam diletakkan di bangku simpanan manakala Fahrul Razi dan Azmi Rasmin turut mengintai peluang masuk dalam kesebelasan utama Kuala Lumpur.


Keputusan Jangkaan
Kelantan 2-0 Kuala Lumpur

sumber redsfc news

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular