KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 22 April 2011


President Warriors Hentam Kenari.





President Warriors terus memberi saingan dalam kedudukan teratas Kumpulan A, Liga Piala Presiden 2011 setelah membenam cabaran Kedah 2-0 di Stadium Darul Aman, Alor Setar, petang tadi.

Menurunkan barisan terkuat sedia ada, Kedah selaku tuan rumah menyerang kubu Kijang Muda dengan bertali arus namun benteng Kelantan yang kembali diperkuatkan dengan kehadiran ketua pasukan, Nik Shahrul Azim kental bertahan.

Sesekali melakukan asakan, Kelantan membuka jaringan pada minit ke-20 selepas Zamri Ramli bijak menyempurnakan peluang terhidang.

Kedah yang beraksi di hadapan penyokong sendiri harus menyalahkan diri sendiri setelah beberapa peluang terbaik dihadapan gawang Kelantan gagal disudahkan kedalam jaring.

Babak kedua perlawanan, Kelantan melajukan sedikit tempo permainan untuk mencari kelebihan selesa.

Pemain pertahanan, Mohamad Faiz Suhaimi akhirnya memberikan Kelantan gol kedua pada minit ke-60.

Dengan kemenangan ini, President Warriors kekal di tangga kedua dengan mengutip 28 mata manakala Sabah masih utuh di takhta liga dengan kutipan 31 mata selepas membelasah Pulau Pinang 3-0 di Stadium Likas.

Perak gagal memintas Johor FC selepas terikat 1-1 di Pasir Gudang, T-Team turut gagal memungut sebarang mata selepas dibenam Sime Darby 0-3 manakala Perlis mengenepikan cabaran sengit Selangor dengan jaringan tipis 2-1
sumber-redsfc news

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular