KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Rabu, 6 April 2011

Indra Cetus Permusuhan Baru?




Komen pedas Indra Putra Mahayuddin selepas perlawanan Liga Super T-Team melawan Kelantan semalam menimbulkan perasaan kurang puas hati peminat setia The Red Warriors.

Ibarat menambah minyak kedalam api, permusuhan Indra dan Tentera Merah bakal berlarutan walaupun kenyataan tersebut telah dinafikan bukan dari bekas ketua pasukan Kijang tersebut.

Jika benar kenyataan itu dikeluarkan Indra sekali pun, penyokong Kelantan tidak perlu untuk marah kerana ianya sememangnya perkara yang sering berlaku dalam era bola sepak Profesional.

Pengarang tertarik dengan komen penulis blog Suarasukan1Mas mengatakan komen negatif pemain kepada pasukan lawan merupakan rencah dalam arena bola sepak.

Bagi pengarang, Indra berhak untuk mengutarakan pendapat kerana tahap permainan yang diberikannya dalam perlawanan menentang Kelantan wajar dipuji.

Jaringan gol serta bantuan jaringan kepada Haris Safwan sudah cukup untuk membuktikan kepada semua penyokong Kijang akan kredibiliti pemain ini.

Justeru itu, penyokong Red Warriors diminta tidak emosi dengan pemain yang telah banyak membantu Kelantan mendapatkan kejuaraan pertama dalam saingan Liga Malaysia.

Ternyata apa yang cuba diutarakan pemain ini jika benar kenyataan itu keluar dari mulutnya merupakan pandangan peribadi seseorang pemain kepada bekas pasukan selain perang psikologi yang dilontarkan setelah puas dengan kejayaan membenam pasukan lama.

Sebagai contoh, Wayne Rooney sendiri pernah mengutuk dan mengkritik bekas pasukannya, Everton selepas beberapa jam menandatangani kontrak dengan Manchester United malah Paul Ince turut memberi reaksi keras kepada Manchester setelah secara rasmi menyertai Liverpool.

Bezanya, peminat dari EPL walaupun marah dengan kenyataan bekas pemain, mereka bertindak profesional dengan hanya melaungkan kata 'boo' serta kutukan setiap kali pemain tersebut memegang bola.

Andai benar komen itu datangnya dari Indra, anggaplah ia adalah komen ikhlas dari bekas pemain untuk kejayaan mendatang pasukan Kelantan. Terima dengan hati terbuka bahawa setiap komen yang dilemparkan adalah untuk kebaikan semata-mata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular